Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021

Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021~ Tawaran ini dibuka kepada semua rakyat Malaysia yang berminat khususnya buat pelajar universiti yang ingin menjalankan latihan industri sebagai syarat graduasi. Sila baca dengan teliti cara membuat permohonan dan syarat-syarat kelayakan ditetapkan. 

Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021 ini dibuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berkelayakan dan ingin membuat permohonan. Permohonan boleh dilakukan sebelum tarikh yang dinyatakan di bawah. 

Program Latihan Industri Bank Negara Malaysia 2021

Maklumat program

Anda akan menyertai salah satu daripada jabatan yang mengendalikan isu-isu penting berhubung dengan ekonomi negara. Latihan industri ini akan dijalankan di ibu pejabat Bank Negara Malaysia yang terletak di Kuala Lumpur selama 2 hingga 6 bulan.

Bagi memainkan peranan ini, anda mungkin terlibat dalam fungsi utama perbankan pusat seperti pengawasan, penyelidikan, penggubalan dasar, pengawalseliaan perbankan, analisis, operasi, teknologi dan lain-lain. Pelatih akan ditempatkan di pelbagai jabatan di seluruh BNM bergantung pada kekosongan tempat.

Pihak BNM akan berusaha menempatkan anda di jabatan yang sesuai berdasarkan pilihan dan kelayakan akademik yang anda akan dapat memberikan kesan yang terbaik dan memperoleh pengalaman berharga.

Program latihan industri ini akan memberikan anda pengalaman secara langsung dalam kerja harian di bank pusat. Pada akhir program latihan industri ini, pelatih yang menunjukkan prestasi yang cemerlang mungkin akan dipelawa melalui laluan khas untuk menghadiri temuduga bagi Program Graduan Kijang (dibawah tajaan Bank Negara Malaysia).

Tarikh Tutup Permohonan adalah pada:

-Selewat-lewatnya 31 Julai 2021 untuk dipertimbangkan bagi pengambilan Oktober 2021, atau
-Selewat-lewatnya 31 Januari 2022 untuk dipertimbangkan bagi pengambilan Latihan Industri pada bulan Mac & Musim Panas 2022.

Lihat juga: RHB Graduate Programmes 2021 ~ Tarikh Tutup 28 Julai 2021

Maklumat untuk Pemohon

Calon-calon yang berminat dipelawa untuk memohon mengikuti program latihan industri ini dengan melengkapkan dan menghantar dokumen yang tersenarai di bawah kepada [email protected]

Sekiranya permohonan anda berjaya, anda akan diminta menjalani pemeriksaan kesihatan dan proses saringan keselamatan. Pelatih akan mendapat elaun sebanyak RM1,350.00 sebulan.

Rujuk Iklan: https://www.bnm.gov.my/internship

Dokumen Diperlukan

Dokumen yang diperlukan adalah seperti dibawah. Sila serahkan dokumen yang berikut dalam format PDF:

1. Borang Permohonan Latihan Industri
2. Biodata (CV)
3. Keputusan/Transkrip Akademik Terkini
4. Slip Keputusan Pra-Universiti/Diploma, mana-mana yang berkenaan (Cth: Program Asas, Matrikulasi, STPM, O-Level, A-Level, Program Ijazah Amerika, Matrikulasi Australia, International Baccalaureate)
6. Salinan Kad Pengenalan anda
7. Surat penempatan program Latihan industri (jika ada)

Lihat juga: 795 Jawatan Kosong Jobstreet Terkini ~ Fresh Grad Dan Entry Level

Kelayakan program latihan industri:

1. Pemohon mestilah menetap di Malaysia dan merupakan warganegara Malaysia.
2. Dijangka mecapai CGPA 3.5/4, atau ijazah kelas kedua atas (2:1) atau WAM 75% dalam ijazah sarjana muda atau sarjana dalam mana-mana disiplin daripada institusi akademik terkemuka.
3. Bersedia memberikan komitmen antara 2 hingga 6 bulan untuk program latihan industri.

Sila ambil maklum bahawa memandangkan jumlah permohonan yang tinggi, pihak BNM hanya akan menghubungi calon-calon yang disenarai pendek sahaja.

Maklumat Lanjut

Untuk sebarang pertanyaan, sila hubungi Pusat Perhubungan BNM TELELINK berdasarkan maklumat dibawah:

Talian: 1-300-88-5465/ Talian Am: +603-2698-8044  (Isnin – Jumaat 9am – 5pm)
Emel: [email protected]

Untuk pertanyaan khusus mengenai, permohonan kerja dan latihan industri sila emelkan ke:
[email protected]

Sekian dan semoga berjaya.

Lihat juga: PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

Leave a Reply