YAYASAN PELAJARAN JOHOR

Cara Memohon Biasiswa Sultan Ibrahim (Master & PHD) ~ Sekiranya anda merupakan pelajar IJAZAH SARJANA (MASTER) atau DOKTOR FALSAFAH (PhD) sepenuh masa, anda dipelawa untuk memohon  Biasiswa Sultan Ibrahim (BSI) yang telah dibuka bermula 21 September sehingga 30 September 2021.

Tawaran biasiswa ini terbuka kepada seluruh rakyat Malaysia yang berminat dan menepati syarat-syarat kelayakan yang di tetapkan. 


Syarat Am Permohonan

  • Pemohon mestilah menetap di Negeri Johor
  • Keutamaan akan diberikan kepada pemohon yang lahir di negeri Johor
  • Terbuka kepada pelajar Ijazah Sarjana (Master) & Doktor Falsafah (PhD) di IPTA sahaja
  • Umur tidak melebihi 40 tahun pada tahun memulakan pengajian;
  • Memenuhi syarat kemasukan ke IPT dan telah menerima surat tawaran TIDAK BERSYARAT daripada IPT atau telah memulakan pengajian di IPT
  • Baki pengajian sekurang-kurangnya setahun atau lebih
  • Pengajian adalah sepenuh masa
  • Pemohon tidak menerima pembiayaan lain daripada mana-mana pihak untuk melanjutkan pengajian di peringkat yang sama
  • Mesti mendapat cuti belajar tanpa gaji atau pelepasan jawatan daripada majikan bagi mereka yang sedang berkhidmat

Syarat Khusus Akademik

Peringkat Ijazah Sarjana

  • Memiliki Ijazah Sarjana Muda atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 3.75 – 4.00 atau setara

Peringkat Doktor Falsafah

  • Memiliki Ijazah Sarjana atau setaraf yang diiktiraf oleh Kerajaan dengan kepujian kelas pertama / PNGK 75 – 4.00 atau setara
  • Pelajar Ijazah Sarjana yang dinaiktaraf (conversion) kepada Doktor Falsafah oleh Senat IPT

Dokumen Yang Diperlukan (YANG TELAH DISAHKAN)

  • Salinan Slip permohonan
  • Salinan kad pengenalan pemohon, ibu DAN bapa /penjaga
  • Salinan surat tawaran pengajian
  • Salinan Transkrip bagi taraf pengajian sebelum
  • Salinan keputusan peperiksaan terkini (bagi yang sedang mengikuti pengajian sahaja)
  • Salinan Struktur yuran sepanjang pengajian

Penting: Salinan Sijil-sijil penyertaan / penghargaan

Nota: Saringan pelajar adalah berdasarkan skor di dalam pencapaian akademik bagi taraf pengajian yang sedang diikuti. Justeru itu, pemohon dinasihatkan menyertakan seberapa banyak sijil sokongan bagi membuktikan kecermerlangan akademik di dalam bidang masing-masing.


Tempoh Tajaan

Ijazah Sarjana : 1 hingga 2 tahun
Doktor Falsafah (PhD) : 3 hingga 4 tahun


Cara Permohonan

Anda boleh membuat permohonan dengan mengikuti langkah-langkah dibawah ini:

  1. Permohonan perlu diisi secara atas talian (online) dan hantar slip permohonan beserta dokumen sokongan ke pejabat YPJ Larkin [Klik: Laman Web Rasmi YPJ]
  2. Hantar dokumen anda mengikut arahan seperti gambar dibawah. 

Biasiswa Sultan Ibrahim

 

 


Baca Juga:

Leave a Reply