Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI 2021), RM2000 Secara One-Off ~ Sukacita dimaklumkan buat pelajar yang ingin melanjutkan pengajian ke Institut Pengajian Tinggi Swasta / Awam (IPTA / IPTS) untuk kemasukan kali pertama ke IPT seluruh Malaysia dan diiktiraf kerajaan, anda dipelawa untuk memohon Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI) berjumlah RM2000 seorang.

Baca juga: Kemasukan ke Universiti Antarabangsa AlBukhari Secara Percuma (Tajaan Penuh)


Apakah Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off (BUDI)?

Bantuan Tunai Pendaftaran IPT Secara One-off BUDI ini merupakan inisiatif oleh Pejabat Menteri Tugas-tugas Khas, Sabah untuk membantu para pelajar mendaftar kemasukan kali pertama ke IPT / IPTS.

Ia bertujuan meringankan beban ibu bapa dan penjaga, khususnya yang tergolong dalam kumpulan B40 dan M40.


Kriteria / Kelayakan

  • Terbuka kepada pelajar IPTA/IPTS
  • Pelajar Sabah berumur tidak lebih 25 tahun
  • Golongan B40 dan M40 (Pendapatan keluarga / isi rumah bawah RM5000)
  • Pelajar tajaan tidak layak memohon (Pelajar yang telah mendapat Biasiswa Kerajaan Negeri atau mana-mana tajaan tidak layak memohon)
  • Pengesahan kemasukan ke IPT perlu disertakan dalam dokumen permohonan

Baca juga: Tawaran Biasiswa Yayasan KLK (Kuala Lumpur Kepong) 2021


Cara Permohonan Bantuan Pendaftaran IPT BUDI 2021

Permohonan secara manual dan online dibuka sehingga 30 Oktober 2021.

Untuk pendaftaran online, sila layari pautan berikut untuk mendaftar dan melengkapkan borang permohonan: https://budi.sabah.gov.my


Tarikh Tutup Permohonan

Tarikh tutup permohonan adalah 30 Oktober 2021.


Maklumat Lanjut & Pertanyaan

Untuk maklumat lanjut atau sebarang pertanyaan sila layari laman sesawang: https://mttk.sabah.gov.my/

Atau hubungi:

  • 088 369 865 (Puan Rosni Leong)
  • 088 369 890/088 369 872 (Puan Mary)

Atau,

Pejabat Menteri Tugas-Tugas Khas Blok A, Tingkat 29, Pusat Pentadbiran Negeri Sabah,
Jalan UMS, Teluk Likas, 88400 KOTA KINABALU Sabah, Malaysia.

Telefon: 088-369872 atau 088-218180

(WAKTU PEJABAT)

Hari Bekerja: Isnin hingga Jumaat
Masa: 8 pagi hingga 5 petang
Waktu Rehat: 1-2 petang, Jumaat(11.30 pagi-2 petang)
Cuti: Sabtu, Ahad dan Cuti Awam

Baca juga: Pembelajaran Fizikal Bermula Oktober 2021, IPTA Bakal Dibuka Semula


Leave a Reply