Posted on

Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Oleh: Mohamad Amerul Zufar

Ma​hasiswa, yang juga tergolong dalam golongan anak muda tidak akan kekal menjadi mahasiswa, dalam tempoh yang singkat, mereka juga akan masuk ke alam pekerjaan dan menyumbang tenaga lebur mereka untuk pulangan gaji lalu mengejar kebahagiaan dan maksud masing-masing dalam hidup. Oleh itu, fasa mahasiswa ialah pra-fasa seorang pekerja. Namun, mahasiswa kini dalam dillema apabila ilmu-ilmu mereka pelajari di universiti, tidak lagi menjamin akan kebolehpasaran mereka untuk mendapatkan pekerjaan. Menurut data kerajaan, seramai 3.5% dari populasi negara tengah menggangur pada bulan Julai 2017, dimana kenaikkan 0.1% dari bulan Jun 2017. Kini kadar pengganguran pekerja terus meningkat dan secara kasarnya seramai 300,000 orang dijangka sedang menggangur. Di kalangan yang menganggur, 11% adalah adalah anak muda yang mana kebanyakannya adalah ​ m​ahasiswa ​ y​ang ​ t​elah ​ ​bergraduasi.

Kenaikkan yuran pengajian, kenaikkan kos hidup, kelumpuhan kebebasan akademik, dan peraturan-peraturan pra-pekerjaan yang birokratik dan tidak fleksibel telah meletakkan mahasiswa dalam situasi yang terdesak. Struktur kekuasaan di kampus yang pro-pentadbiran dan ketiadaan suara mahasiswa dalam membuat keputusan berkenaan pentadibran kampus telah melahirkan kekecewaan atau kehampaan, dan ini dimanifestasi kedalam bentuk sentimen anti-parti di kalangan mahasiswa dan ketidakpercayaan mahasiswa ​ terhadap ​ s​istem ​ p​ilihanraya ​ k​ampus ​ d​i ​ ​universiti ​ d​an ​p​ilihanraya​ u​mum.

Dalam situasi reaksi, sesetengah mahasiswa telah mula mempersoalkan alternatif politik yang mereka hadapi, lalu mereka membentuk organisasi khas untuk pilihanraya kampus untuk mencabar mandat kekuasaan kampus, seperti kumpulan Demokrat, Pemuda Ma Daxin (UMANY), Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Angkatan Mahasiswa, dan sebagainya. Kesemua kumpulan-kumpulan ini ingin memecah monopoli kekuasaan kumpulan mahasiswa proksi kerajaan iaitu kumpulan Aspirasi dan sebahagiannya cuba mengambil kembali kepercayaan mahasiswa secara umum untuk melakukan perubahan yang sarat dengan sentimen ​ a​nti-parti. Continue reading Pilihanraya Kampus Universiti Awam dan Gerakan Mahasiswa

Posted on

Demokrat UM – Daniel Lepaskan Jawatan Koordinator

Catatan ini diambil dari facebook Daniel Mizan Qayyum

Hari ini, dengan rendah diri, aku umumkan perletakan jawatan sebagai Koordinator Demokrat UM.

Demokrat UM akan diterajui oleh kepimpinan baru, kekal bawakan prinsip demokrasi dalam kampus tercinta ini.

Setahun berlalu membina gerakan yang menolak sama sekali proksi parti politik luar, korupsi dan politik wang banyak menimbulkan rasa tidak senang lawan.

Hanya bermodalkan idea dan prinsip, kita bangkit dan lawan kita terus melangkah. Kita telah bina naratif baru dalam gelanggang politik mahasiswa.

Setahun juga kita kekal setiakawan, solidariti dan lantang bersuara demi mahasiswa yang digugat hak mereka.

Ugutan untuk ditarik kesenangan tidak sama sekali bikin gentar kerana kita percaya kita bersama komrad saat susah dan senang. Terus berpegang kepada ketelusan dan prinsip kita.

Buat kepimpinan baru, jalan ini tidak mudah. Hendak berjuang, bukan boleh bersenang lenang.

Aku tidak janjikan bulan dan bintang. Namun setelah lebih setahun kita melangkah melawan badai, aku tetap percaya kalian mampu kekal diatas jalan ini.

 

Posted on

Mahasiswa Pemandul Akalnya Sendiri

Oleh: Usaid Asmadi, Aktivis Persatuan Belia Harmoni Malaysia

Tadi aku lepak kejap di ruang rehat pelajar di fakulti pengajianku sementara menunggu kelas jam 2 petang nanti. Ada lebih kurang 3 jam disediakan oleh Tuhan kepada aku untuk dimanfaatkan. Disebelah aku ada buku Sekolah Bukan Penjara, Universiti Bukan Kilang karya ZF Zamir sambil jari jemariku sedang melayan wasap pembeli yang mahu beli buku dengan aku.

Dimeja yang berwarna coklat, tempat yang sama aku duduk ada sekumpulan mahasiswa yang lain. Lagaknya seperti sedang menyiapkan tugasan yang diberikan pensyarah. Aku tak tahu subjek apa dan aku malas nak ambil tahu. Tetiba telinga aku tertangkap satu perbualan kumpulan mahasiswa ini dalam selang masa perbincangan mereka.

“Ni apa weh?”, Soal dia sambil menunjukkan paparan di telefon pintarnya kepada kawan sebelahnya.

“Kau tak yah tanya. Kau buat je”, Balas kawannya lalu sambung menulis apa yang dibaca ditelefon pintarnya.

Lalu dia mendiamkan diri sambil menulis sahaja apa yang disuruh. Aku terdiam. Lama aku termenung cuba memahami respon yang dibalas kepada soalan temannya. Continue reading Mahasiswa Pemandul Akalnya Sendiri

Posted on

ANTARA BITCOIN DAN EMAS? MANA PILIHAN MASA DEPAN

Oleh: Shah Fikry

Kewujudan Bitcoin dan Cryptocurency ini bermula di dark web dan pada permulaannya sebagai mata wang rahsia bagi kegunaan pengguna mereka. Cryptocurrency ini dianggap sebagai satu revolusi oleh setengah pihak dalam usaha mendigitalkan transaksi terutamanya dalam sektor teknologi.

Bitcoin bermula dengan kadar USD 200 per unit pada tahun 2010 dan kini dianggarkan nilai pasaran saham sudah mencapai USD 5,000 per unit dalam jangka masa 7 tahun. Hasil pengenalan bitcoin, kewujudan cryptocurrency tumbuh bagaikan cendawan selepas hujan. Pelbagai aktiviti dan cryptocurrency lain wujud seperti Ethereum wujud. Apa yang membimbangkan ialah kewujudan matawang ini bedasarkan maklumat enkripsi. Setengah pihak memanggil mining dalam usaha untuk mencari ataupun mendapatkan bitcoin.

Tidak dinafikan permintaan terhadap Bitcoin ini amat tinggi malah akhbar The Guardian pernah menyatakan kewujudan cryptocurrency berjaya mengurangkan inflasi kerana ia hanya akan dikeluarkan mengikut pembekal kemudahan dan dapat menurunkan membendung inflasi. Namun, apa yang dikhuatiri ialah keselamatan pengguna terutamanya ketika berada di alam siber. Malah ada yang mengaitkan cryptocurrency menjadi penyumbang kepada pengganas dunia.

Continue reading ANTARA BITCOIN DAN EMAS? MANA PILIHAN MASA DEPAN

Posted on

Projek Jual Buku Terpakai

Projek Jual Buku Terpakai NadiSiswa

================

Untuk pengetahuan pengikut NadiSiswa, kami akan melaksanakan Projek Jual Buku terpakai untuk memberi peluang kepada mahasiswa untuk menjual buku-buku terpakai mereka.

Kami juga berharap melalui projek ini, mahasiswa boleh mendapatkan buku-buku yang mereka ingin miliki dengan harga yang lebih murah.

Mari kami ceritakan kaedah penjualan buku di NadiSiswa;

1. Anda isi Borang Menjual Buku.
2. Pastikan borang itu lengkap, dan anda menjual buku 50% ke atas lebih rendah berbanding buku baharu. Kalau jual mahal-mahal siapa nak beli ye dok?
3. Kami pasarkan di NadiSiswa.
4. Pembeli membeli buku tersebut melalui NadiSiswa.
5. Kami akan mengambil 10% daripada jumlah pembelian, anda ambil 90%. Kalau nak free, pergi jual dekat Mudah.
6. Kalian hantar buku tersebut.
7. Pembeli dapat buku, kami bayar anda.

================

Untuk pengetahuan, pageview NadiSiswa sudah hampir mencecah 10k sebulan (walaupun tak terlalu gempak, tapi ia permulaan yang baik)

Lagipun, anda takkan rugi apa kalau iklankan buku, bukan ada bayaran pun!

Apa lagi, hubungi KAMI cepat-cepat!