Kuala Lumpur – Menjelang pilihan raya umum Indonesia pada bulan februari 2024 nanti yang menempatkan gubernur provinsi Jawa Tengah sebagai salah satu calon presiden dari parti yang sama dengan presiden Joko Widodo.
pada ahad (25/6) , sekelompok warga Indonesia yang merupakan penyokong Ganjar Pranowo telah secara rasmi mengukuhkan barisan relawan bernama sahabat Ganjar Nusantara (Sagantara) cawangan Malaysia di restoran nasi kandar LC, Kampung Bahru, WP Kuala Lumpur.
Barisan relawan Ganjar Pranowo ini bukanlah bahagian dari mana-mana parti politik , mereka terdiri dari masyarakat awam menginginkan Ganjar Pranowo menjadi presiden kerana dirasai akan melanjutkan legasi kepemimpinan Joko Widodo. Ridwan Ismail, menjadi ketua dari kelompok relawan dengan Khairudin Harahap sebagai penasehat.
Pada mesyuarat khas pengerusi hadir semua ketua dan wakil-wakil bidang-bidang yang dibentuk untuk menjalankan aktiviti gerakan ini.
“Barisan relawan akan mulai bergerak untuk membantu kemenangan Ganjar Pranowo di Malaysia, selepas itu terpulang dengan kehendak di Jakarta karena kita merupakan cawanangan , apakah akan berlanjut menjadi gerakan formal atau bubar selepas PRU 2024 nanti ” Kata Ridwan Ismail.
Didalam Mesyuarat itu di tentukan strategi dan program-program yang akan di jalankan sampai tiba masanya kempen secara rasmi pada bulan september hingga februari nanti termasuklah rancangan deklarasi secara rasmi selepas calon wakil presiden untuk Ganjar Pranowo di tentukan.
Selain itu dibahas pula upaya pembukaan cawangan di negeri-negeri lain di Malaysia termasuklah di Sabah dan Sarawak.