RHB Digital Graduate Programme (Khusus Buat Graduan Dan Sesiapa Yang Bekerja <2 Tahun) ~ Kepada sesiapa yang berkelayakan dan berminat untuk memohon jawatan kosong yang ditawarkan, sila baca dan fahami dengan teliti kehendak bakal majikan sebelum memohon.
Sila pastikan anda baca syarat kelayakan yang dikehendaki dengan teliti sebelum memohon jawatan tersebut.
Baca Juga: Jawatan Kosong Western Digital Malaysia Sdn Bhd
Maklumat Jawatan
RHB Digital Graduate Programme menawarkan pengalaman sekali seumur hidup untuk anda memulakan transformasi perjalanan kerjaya anda, ditambah dengan pengalaman pembelajaran yang holistik dan peluang yang terbuka luas.
Program ini bertujuan untuk meningkatkan tahap kerjaya anda dan mempersiapkan anda untuk masa depan melalui pembelajaran pengalaman terbaik di kelas, pekerjaan, pendedahan dan pembangunan diri berdasarkan kemampuan dan nilai teras.
Syarat Kelayakan
Terbuka kepada warganegara Malaysia yang mempunyai Ijazah dengan kelayakan minimum kelas kedua dan mempunyai pengalaman kerja kurang dari 2 tahun.
Selain itu, calon memiliki kelebihan sekiranya mempunyai ciri-ciri berikut;
- Kreatif, rajin, mendengar arahan, mempunyai ciri kepimpinan dan lain-lain. (sila rujuk kelayakan permohonan pada iklan)
Baca Juga: PROTEGE | N-GENE : Dapatkan Geran Perniagaan RM3,000/seorang, Khusus Buat Graduan & Belia
Cara Memohon
Permohonan kerja kosong terbaru di atas boleh dilakukan secara atas talian. Sila ikuti arahan seperti di bawah:
1. Klik pada pautan “[IKLAN JAWATAN]” di atas dan rujuk maklumat permohonan, syarat kelayakan, tarikh tutup permohonan dan maklumat berkaitan jawatan yang ditawarkan di dalam iklan tersebut.
Atau, layari laman web rasmi permohonan RHB di pautan: https://rhbgroup.is-hiring.com/jobcampaign/view/j/2456
2. Kemudian klik “APPLY NOW” di pautan tersebut. Pilih “RHB CAREER MOVE”.
3. Pemohon disarankan untuk sentiasa mengemaskini maklumat peribadi terkini yang diperlukan di dalam sistem. Lengkapkan semua maklumat yang diperlukan agar permohonan anda tidak ditolak.
4. Calon yang disenaraikan pendek akan dipanggil temuduga.
Penting: Pastikan anda menggunakan emel dan no telefon yang aktif untuk sebarang permohonan agar anda tidak terlepas sebarang tawaran.
Kelebihan RHB GRADUATE PROGRAMMES:
– Pembelajaran Melalui Pengalaman
– Pendedahan Kepada Banyak Perkara
– Pembangunan Diri
– Ganjaran yang menarik dan lain-lain (sila rujuk iklan)
Permohonan yang tidak mendapat maklumbalas lebih daripada 3 bulan tarikh tutup permohonan dianggap tidak berjaya. Sila periksa emel anda dengan kerap (termasuk SPAM) agar anda tidak terlepas mana-mana tawaran.
Kongsikan iklan ini kepada rakan-rakan, sanak saudara dan lain-lain untuk manfaat bersama.
Semoga berjaya!
Baca Juga: Cara Memohon Program Latihan Kemahiran GIATMARA Malaysia