N-GENE

N-GENE

PROTEGE | N-GENE : Dapatkan Geran Perniagaan RM3,000/seorang, Khusus Buat Graduan & Belia ~ N-GENE merupakan sebuah program latihan asas keusahawanan secara dalam talian serta bimbingan perniagaan end-to-end untuk membantu graduan/belia memulakan perniagaan berisiko rendah.

Bagi graduan/belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, peserta akan dibimbing melalui perniagaan francais/pra-francais.

Peserta juga akan diberi sokongan dengan Geran Mikro Permulaan Perniagaan sebanyak RM3,000/seorang.

Program ini adalah salah satu inisiatif PEMERKASA untuk menjana semula ekonomi negara melalui peningkatan bilangan usahawan baru dalam kalangan belia graduan.

Selain itu, program ini turut disenaraikan sebagai program di bawah kerjasama MEDAC-KPT-KBS dan juga Pelan Pemulihan Usahawan dan Koperasi MEDAC Pasca COVID-19.

Program ini diterajui oleh unit PROTÉGÉ, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (MEDAC) dengan kerjasama dari SME Bank CEDAR, PERNAS, INSKEN dan juga TEKUN Nasional.


MANFAAT PROGRAM

Latihan asas keusahawan secara dalam talian dan bimbingan perniagaan secara PERCUMA;
Geran mikro permulaan perniagaan sebanyak RM3,000; dan
Dipadankan dengan perniagaan francais / pra-francais bagi yang belum memulakan perniagaan


KRITERIA PESERTA

  • Warganegara Malaysia, berumur 18 hingga 40 tahun;
  • Graduan Diploma dan ke atas adalah nilai tambah bagi permohonan ini;

Kriteria tambahan:

  • Baru memulakan perniagaan; atau
  • Berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan, sama ada telah atau
  • belum mempunyai perancangan perniagaan

STRUKTUR LATIHAN


PENDAFTARAN

Graduan / Belia yang berminat untuk mengambil bahagian di dalam program N-GENE, boleh mengemukakan penyertaan melalui saluran di bawah. Sila pastikan anda memilih saluran yang betul berdasarkan kriteria yang ditetapkan.

Graduan / belia yang baru memulakan perniagaan : KLIK SINI

Graduan / belia yang berminat untuk menjadi usahawan tetapi belum memulakan perniagaan,
sama ada telah atau belum mempunyai perancangan perniagaan : KLIK SINI


HUBUNGI KAMI

Sebarang maklumat lanjut, bolehlah hubungi Sekretariat yang bertugas seperti berikut:

Alamat e-mel[email protected]
Nombor telefon03-2935 8989 (sambungan 302)

  • Pn. Nurul Syarmiera binti Yusof
  • En. Muhammad Haiban bin Mohd Rohim
  • En. Ahmad Nazrin Shah bin Ahmad Nazimuddin

Leave a Reply