Sudah lebih sebulan pertemuan aku dengan Canselori Universiti Malaysia Kelantan (Rasmi).
Sebelum bertemu hari itu, mereka kata ingin menaja kos transportasi aku dari KL ke Kelantan.
Sehingga hari ini mereka tidak memulangkan semula wang aku.
Semalam aku email pegawai bertanggungjawab, sehingga kini tak dibalas.
—
Aku tahu mereka tidak menyukai aku. Sejujurnya aku tidak ada masalah untuk tidak disukai. Jika aku mahu digemari pasti aku akan membentengi mereka.
Tapi aku tidak fikirlah sampai tahap memperdaya.
Tak apalah wang itu, tapi segerakanlah wang bantuan BKPLI diberikan. Ramai mahasiswa yang memerlukan.
Apabila sudah memegang gelar Universiti Awam Termahal di Malaysia, ekspektasi mahasiswa pastinya tinggi.
Perkhidmatan juga harus seiring dengan gelaran itu.