SIP Prihatin 2.0: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 ~ Permohonan kini dibuka bagi sesiapa yang berkelayakan dan menepati syarat-syarat yang ditentukan. Anda boleh melakukan permohonan bermula hari ini, 15 Julai 2021 (Khamis).
SIP Prihatin 2.0 ini merupakan salah satu peruntukkan dibawah pakej PEMULIH yang diumumkan oleh Perdana Menteri. Perluasan pemberian insentif (elaun) ini kini dibuka kepada semua termasuklah kepada bukan pencarum PERKESO.
Ini bermaksud para graduan, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal yang tidak mempunyai akaun KWSP boleh membuat permohonan.
Berikut dikongsikan maklumat lanjut tentang elaun ini dan cara membuat permohonan.
Baca juga: Program KERJAYA GIG : Daftar Sekarang Dan Terima Elaun RM600/bulan.
Apakah Elaun Mencari Pekerjaan (SIP PRIHATIN 2.0)?
Kerajaan telah memperkenalkan bantuan kewangan SIP Prihatin menerusi Elaun Mencari Pekerjaan (EMP). Bantuan ini adalah untuk membantu pekerja yang mencarum dengan PERKESO yang kehilangan pekerjaan.
Bantuan ini diberi bagi membantu mereka untuk meneruskan kelangsungan hidup serta mendapatkan peluang pekerjaan baharu menerusi Belanjawan 2021.
Kini, bantuan ini turut diperluaskan kepada golongan bukan pencarum PERKESO termasuk graduan baharu, lepasan sekolah dan pekerja sektor tidak formal melalui SIP PRIHATIN 2.0.
Syarat Kelayakan Elaun Mencari Pekerjaan (SIP PRIHATIN 2.0)
Syarat Kelayakan Umum :
- Golongan yang hilang pekerjaan dan tidak dilindungi oleh Sistem Insurans Pekerjaan (PERKESO).
- Golongan yang menganggur.
- Berdaftar dan aktif menjalankan aktiviti mencari pekerjaan melalui portal MyFutureJobs.
- Menghadiri temuduga PERKESO.
Bagi melayakkan mereka menerima bantuan ini, pemohon perlu :
- Mendaftar akaun di portal pekerjaan MYFutureJobs yang diuruskan PERKESO agar usaha pencarian pekerjaan mereka dapat dibantu dan dipantau oleh PERKESO.
- Menghadiri sekurang-kurangnya tiga temuduga dalam sebulan, sama ada secara fizikal atau dalam talian.
Nilai Bantuan / Insentif Yang Diterima
Pemohon yang memenuhi syarat-syarat ini dan membuat pendaftaran akan melayakkan mereka menerima insentif EMP sebanyak RM300 sebulan selama tempoh 2 bulan.
Insentif tambahan sebanyak RM400 akan diberikan sekiranya anda (pencari kerja) berjaya memperoleh pekerjaan melalui portal MYFutureJobs. PERKESO menyasarkan seramai 229,000 pencari kerja akan mendapat manfaat daripada bantuan ini.
Baca juga: MAXIS ~ Jawatan Kosong Live Chat Consultant Maxis (August Intake)
Cara Memohon Elaun Mencari Pekerjaan (SIP PRIHATIN 2.0)
Anda boleh mendaftar/memohon elaun ini secara atas talian melalui laman web PERKESO mulai hari ini (15 Julai 2021).
[Klik Pautan: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/sip-prihatin-perlanjutan-elaun-mencari-pekerjaan/]
Pertanyaan & Maklumat Lanjut
Soalan-soalan lazim (FAQ) bagi setiap inisiatif di bawah PEMULIH akan dimuat naik ke laman web dan media sosial rasmi PERKESO dalam masa terdekat.
Untuk sebarang pertanyaan lanjut, sila hubungi Careline PERKESO di talian 1300-22-8000 atau layari laman web PERKESO di www.perkeso.gov.my.
Baca juga: Daftar Sebagai Pencari Kerja & Sertai Latihan Secara Percuma!