PenjanaKerjaya 3.0

Program PenjanaKerjaya telah dilangsungkan secara berperingkat semenjak dan kini masuk siri yang ketiga iaitu, PenjanaKerjaya 3.0. Program ini termasuk dalam pakej ransangan PEMULIH dan merupakan inisiatif kerajaan untuk memulihkan ekonomi negara serta mewujudkan peluang pekerjaan untuk rakyat yang terjejas disebabkan oleh pandemik Covid19 khususnya. 

Apakah Penjana Kerjaya 3.0?

PenjanaKerjaya 3.0 ialah Program Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (PENJANA) yang bertujuan untuk merangsang permintaan pekerjaan di kalangan majikan dan meningkatkan peluang pekerjaan serta kebolehpekerjaan di kalangan pencari kerja tempatan. Program ini dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Sumber Manusia melalui PERKESO. Cara pelaksanaan program ini ialah melalui portal MYFutureJobs. 

Semua kategori lain di bawah PenjanaKerjaya 2.0 dikekalkan dengan penambahbaikan pada Kategori Malaysianization.

Lihat juga: 180,000 Penempatan Pekerjaan Baharu Oleh Perkeso

MYFutureJobs

Apa itu MYFuture Jobs?

MYFutureJobs adalah portal yang dibangunkan untuk pencari kerja, terutamanya bagi membantu mereka yang terjejas akibat wabak COVID-19.

Berikut adalah penambahbaikan yang diumumkan:

Malaysianization

Pengurangan kadar gaji minimum kepada RM1200 bagi setiap pekerja yang digajikan bagi jawatan yang kebiasaannya diisi oleh pekerja asing. Majikan akan menerima 40% daripada kadar gaji dan insentif sebanyak 20% dari kadar gaji akan dibayar terus kepada pekerja.

Golongan Mudah Terjejas

Kelonggaran tempoh kontrak penggajian kepada 6 bulan bagi semua insentif di bawah PenjanaKerjaya 2.0 untuk kumpulan berikut:

  • OKU, bekas banduan, 50 tahun ke atas

Program KerjayaGig

  • Peluasan skop insentif pengambilan pekerja meliputi pekerjaan sementara dan pekerjaan gig untuk golongan penganggur tegar (lebih 180 hari). Dengan itu, pekerja akan menerima RM600 sebulan selama tempoh maksimum 6 bulan.
  • Majikan yang menawarkan pekerjaan jangka pendek ataupun platform penyedia perkhidmatan gig yang berdaftar dengan PERKESO akan menerima RM200 bagi setiap pekerja yang digajikan.

Insentif Penempatan Pekerjaan Oleh Agensi Pekerjaan Swasta

Penambahbaikan insentif bagi penempatan pekerjaan oleh Agensi Pekerjaan Swasta untuk kategori penempatan pekerja berkemahiran rendah. Kadar insentif adalah seperti berikut:

  • RM300: pekerja yang ditempatkan dengan majikan lansung dengan tawaran gaji RM4000 ke atas.
  • RM200: pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji RM3000 ke atas.
  • RM200: Bagi setiap pekerja yang ditempatkan dengan majikan langsung dengan tawaran gaji bawah RM3000.

Lihat juga: RHB Graduate Programmes 2021 ~ Tarikh Tutup 28 Julai 2021

Tarikh Permohonan

Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 yang akan dibuka dalam masa terdekat (bermula 15 Julai).

Cara Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 – Majikan

Bagi majikan yang ingin memohon insentif yang ditawarkan di bawah program PenjanaKerjaya, berikut adalah langkahnya:

1. Daftar sebagai profil majikan melalui Portal PenjanaKerjaya di laman sesawang penjanakerjaya.perkeso.gov.my

2. Kemudan, daftar kekosongan pekerjaan syarikat perlu di Portal MYFutureJobs walaupun kekosongan pekerjaan tersebut telah didaftarkan di dalam mana-mana portal pekerjaan yang lain

3. Sekiranya terdapat pengambilan pekerja baru, majikan perlu mendaftarkan pekerja tersebut di sistem ASSIST PERKESO dalam tempoh 30 hari dari tarikh pekerja melaporkan diri. 

4. Untuk semakan, majikan boleh membuat semakan status permohonan di Portal PenjanaKerjaya.

5. Setiap pengambilan pekerja, majikan anda menerima insentif-insentif yang telah nyatakan. 

Cara Permohonan PenjanaKerjaya 3.0 – Pencari Kerja

Bagi pencari kerja, untuk mendapat insentif yang ditawarkan melalui PenjanaKerjaya 3.o, anda perlu melakukan pendaftaran di portal MYFutureJobs PERKESO. 

Berikut adalah cara-cara untuk mendaftar MyFutureJobs bagi pencari kerja:

1. Layari laman web rasmi MYFutureJobs di: https://www.myfuturejobs.gov.my/ms/halaman-utama/

2. Klik “ Log Masuk  Pencari Kerja” sebagai pencari kerja untuk ke proses selanjutnya.

3. Anda akan dibawa ke halaman seterusnya untuk mendaftar masuk seperti dibawah.

  • Untuk pengguna kali pertama, klik “Daftar” di bahagian bawah kotak berhampiran dengan perkataan “Pengguna Baru”.
  • Sekiranya anda pernah mendaftar, masukkan no kad pengenalan dan kata laluan anda. Kemudian, klik “Log Masuk”.
  • Terlupa kata laluan; Klik “Lupa Kata Laluan” untuk mengemaskini kata laluan baru.

4. Lengkapkan maklumat anda di bahagian profil untuk penilaian majikan.

5. Klik “Carian Pekerjaan” untuk mencari kerja yang anda inginkan mengikut lokasi anda.

6. Selesai.

Lihat juga: 795 Jawatan Kosong Jobstreet Terkini ~ Fresh Grad Dan Entry Level

Semoga berjaya!

Leave a Reply