Kita mahasiswa harus bergerak bersama. Kita tak perlu pun bersatu. Kita harus cakna dengan isu mahasiswa, lebih-lebih jika kita beranggapan kita aktivis mahasiswa.
Hari ini, genap aku sebulan di Kuala Lumpur. Aku tahu aku di sini orang asing. Orang Sabah, belajar di Kelantan. Tiba-tiba hantar surat bertubi-tubi dengan banyak kolektif/persatuan mahasiswa menagih solidariti untuk kawan-kawan aku di UMK.
Aku hantar 27 surat rasmi meminta solidariti. Alhamdulillah, 5 kolektif mahu bersama-sama. Kebanyakan tidak membalas, 2 kolektif mahasiswa tolak cara kasar – katanya ini bukan perjuangan mereka.
Aku tidak berkecil hati.
Demi Allah, jika aku sendiri pun tiadalah sedikit gentar di hatiku untuk pergi ke KPT mengetuk pintu dan melemparkan patisyen bantahan yuran UMK.
Mujurlah ada 5 kolektif yang aku bakal terhutang budi dengan besar. Mereka mahu bersama, padahal mereka tidak ada kaitan langsung pun dengan UMK.
—
Tidak mengapalah, aku orang luar. Orang asing yang tidak berfikrah dan bertuan.
—
Hari ini Asheeq Ali digantung SEBULAN.
Tuan-tuan,
Dia bukan orang asing. Bukan orang luar, mahasiswa UKM. Setiausaha Agung Kesatuan Mahasiswa Malaysia – KESATUAN.
Selalu memperjuangkan kebebasan akademik. Akibat kecelakaan “orang-orang besar” yang selalu katanya mahu bersama mahasiswa tapi akhir hilang, dia terpaksa berbelanja besar untuk melawan sistem yang mengurung mahasiswa.
Si celaka-celaka ini cuma muncul di belakang mahasiswa ketika kamera tersusun banyak, tapi apabila mahasiswa dihukum dan memerlukan bantuan, lesap.
Oleh itu, berhati-hatilah mahasiswa dengan serigala-serigala ini. Mereka jauh lebih kejam.
—
Wahai mahasiswa yang rindukan kebenaran,
mahasiswa yang turun ke jalanan,
masanya sudah tiba untuk kita bersama,
bergabung dalam satu suara,
mari kita hantarkan tulah pada penderhaka bangsa,
siap siaga,
pakai baju, pakai celana,
hari esok perang bermula.