Bantuan Pengajian Melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS (MPi)~ Universiti Teknologi MARA (UiTM) melalui Program Musaadah Pendidikan iCEPS (MPi) mempelawa BUMIPUTERA yang sedang bekerja dan kurang berkemampuan untuk melanjutkan pengajian di peringkat Diploma atau Sarjana Muda secara mod separuh masa TANPA membayar yuran pengajian.
Usaha ini merupakan salah satu Tanggungjawab Sosial Korporat (Corporate Social Responsibility (CSR)) UiTM bagi memberi peluang kepada lebih ramai golongan bumiputera yang bekerja untuk mendapat pendidikan yang lebih tinggi dan sekaligus membudayakan pembelajaran sepanjang hayat.
Baca juga: Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI 2021), RM2000 Secara One-Off
Syarat-Syarat Kelayakan
Pelawaan ini terbuka kepada orang awam dan staf UiTM yang ingin menyambung pengajian berdasarkan kriteria seperti berikut :
1. Pendapatan (bakal pelajar iCEPS) :
- Bujang/Ibu/Bapa Tunggal (tiada anak) – RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/Ibu/Bapa Tunggal (ada anak) – RM4,500.00/bulan dan ke bawah
- Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS
2. Pelawaan ini juga terbuka untuk pelajar sedia ada iCEPS (semester 2 dan ke atas) yang mempunyai kriteria seperti berikut :
- Pemohon (pelajar iCEPS) mestilah mendapat CGPA 3.00 dan ke atas
3. Pendapatan (pelajar iCEPS) :
- Bujang/ Ibu/ Bapa Tunggal (tiada anak) – RM1,500.00/bulan dan ke bawah
- Berkahwin/ Ibu/ Bapa Tunggal (ada anak) – RM4,500.00/bulan dan ke bawah
- Lulus temuduga yang dikendalikan oleh iCEPS
Syarat-syarat PEMBIAYAAN adalah seperti berikut:
1. Mendaftar sekurang-kurangnya 11 jam kredit setiap semester (atau mengikut pelan pengajian).
2. Pembiayaan kali pertama : Dikecualikan yuran pengajian
3. Pembiayaan pada semester berikutnya :
- CGPA 3.00 dan ke atas (dikecualikan 100%)
- CGPA 2.99 – 2.75 (dikecualikan 50%)
- CGPA 2.75 ke bawah (DITAMATKAN)
- GPA 2.50 ke bawah (DITAMATKAN)
Kadar pembiayaan yang telah diturunkan (atau ditamatkan) tidak akan dinaikkan semula.
Pembiayaan adalah untuk yuran pengajian sahaja. Yuran kenaan lain perlu dibayar oleh pelajar
Tawaran akan terbatal secara automatik sekiranya pelajar tidak hadir mendaftar pada sesi tersebut.
Baca juga: Tawaran Biasiswa Yayasan KLK (Kuala Lumpur Kepong) 2021
Cara Membuat Permohonan
1. Permohonan hendaklah dilakukan secara atas talian melalui laman sesawang: https://iceps-apps.uitm.edu.my/musaadah
2. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar bersama dokumen sokongan seperti berikut:
- Kad pengenalan (pemohon dan pasangan)
- Sijil nikah (jika berkaitan)
- Sijil cerai/ kematian (jika berkaitan)
- Sijil kelahiran anak-anak di bawah tanggungan (jika berkaitan)
- Slip gaji tiga (3) bulan terakhir (pemohon dan pasangan)
- Surat pengesahan majikan (pemohon)
- Surat akuan sumpah atau surat pengesahan daripada majikan pemohon (jika pasangan tidak bekerja)
- Sila pastikan semua dokumen salinan telah DISAHKAN BENAR oleh pegawai yang mempunyai kuasa (Pegawai Kerajaan Gred 41 dan ke atas)
3. Sila hantarkan borang dan dokumen sokongan ke alamat berikut:
- Chief Executive Officer, Institute Of Continuing Education & Professional Studies (iCEPS)
Aras 2, Bangunan UiTM-MTDC Technopreneur Centre, Universiti Teknologi MARA, 40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
(u.p: Urusetia MPi iCEPS)
Hanya pelajar yang ditawarkan tempat pengajian Diploma/Sarjana Muda mod separuh masa UiTM sahaja akan dipertimbangkan untuk menerima Musaadah iCEPS.
Untuk bakal pelajar, sila pastikan borang permohonan kemasukan ke program pengajian mod separuh masa UiTM telah diisi.
Sila rujuk link ini: https://iis-iceps.uitm.edu.my/register
Sebarang pertanyaan, sila hubungi: 03-5544 8125/8180.
Baca juga: Tajaan Kemasukan ke Universiti Antarabangsa AlBukhari