Panduan Temu Duga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

Panduan Temu Duga Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 ~ Kepada calon-calon yang berminat untuk memohon jawatan kosong Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41, anda boleh membaca mengenai panduan temu duga permohonan dibawah. 

Lihat juga: PEMULIH: Elaun Mencari Pekerjaan RM300 Khas Untuk Pencari Kerja

Maklumat Jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41:

Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (Suruhanjaya) selaku Pihak Berkuasa Melantik (PBM) mempelawa calon-calon yang berkelayakan, berpotensi dan berminat bagi memohon jawatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) Gred DG41 untuk lantikan tetap di sekolah-sekolah Kementerian Pendidikan Malaysia.

Graduan Pendidikan dan Bakal Graduan Pendidikan (calon-calon) semester akhir pengajian daripada universiti awam, swasta atau luar negara adalah layak memohon jawatan mengikut bidang dan institusi pengajian yang telah tersenarai dalam Sistem Pengambilan Anggota Perkhidmatan Pendidikan (mySPP) serta mendapat pengiktirafan daripada Malaysian Qualification Agency (MQA).

Calon-calon yang berminat dan berkelayakan hendaklah meneliti serta memahami syarat-syarat lantikan sebelum mengemukakan atau mengemas kini permohonan.

Klik sini: Syarat- Syarat Lantikan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan 

 

Tarikh Tutup Permohonan:

Calon-calon yang berminat dikehendaki memohon, menghantar dan mengemas kini maklumat permohonan melalui mySPP (https://myspp.spp.gov.my/) dan mengemukakan dokumen sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) jam 11.59 malam. 

 

Panduan Temuduga Pegawai Perkhidmatan Pendidikan DG41

A. Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga:

1. Semua calon perlu memuat naik dokumen dan maklumat secara dalam talian sebelum dipanggil untuk ditemu duga.

2. Calon hendaklah mengisi dan melengkapkan dokumen seperti dalam Senarai Semak Panggilan Temu Duga.

3. Seterusnya mengimbas (scan) dokumen yang berkaitan dan menyimpan (save) dokumen tersebut dalam satu fail (folder) yang sama. Fail berkenaan hendaklah dinamakan mengguna “No. Kad Pengenalan (MyKad) Calon _ Singkatan Nama Opsyen” ; (Contoh: 860000000000_PKAT)

4. Semua dokumen yang diimbas (scan) mestilah merupakan dokumen asal (original) berwarna sahaja.

5. Maklumat yang disimpan dalam fail MESTILAH dinamakan mengikut tatacara nama yang telah ditetapkan seperti yang dinyatakan.

6. Maklumat yang perlu dimuat naik oleh calon adalah seperti Senarai Semak Dokumen Temu Duga.PKHAS_2021

7. Pastikan e-mel dihantar dengan tajuk e-mel yang betul. Calon hendaklah menghantar dokumen ke alamat e-mel Gmail seperti yang disenaraikan. 

7. Panduan memuat naik maklumat ke Google Drive adalah seperti Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga.

8. Pastikan subjek e-mel adalah <No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen> (Contoh: 860000000000_ PKAT).

9. Seterusnya, pautan maklumat seperti dalam Senarai Semak Panggilan Temu Duga perlu dikemukakan melalui e-mel kepada urus setia sebelum 21 Julai 2021 (Rabu) pada jam 11.59 malam dengan subjek <No. Kad Pengenalan_SingkatanNamaOpsyen> ke alamat e-mel yang ditetapkan.

10. Suruhanjaya berhak untuk tidak menemu duga calon yang tidak menepati syarat – syarat yang ditetapkan.

Rujuk maklumat lanjut disini: Arahan Memuat Naik Dokumen Temu Duga

 

b) Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga:

Sila rujuk link ini untuk panduan memuat naik dokumen temu duga; Panduan Memuat Naik Dokumen Temu Duga

 

c) Senarai Semak Dokumen Temu Duga:

Sila rujuk link ini untuk senarai semak dokumen temu duga; Senarai Semak Dokumen Temu Duga

 

Soalan Lazim (FAQ)

Calon-calon boleh merujuk Soalan Lazim (FAQ) Pengambilan Khas Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Gred DG41 Secara One-Off Tahun 2021 di sini : Soalan-Soalan Lazim (FAQ)

 

Maklumat Lanjut

Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai senarai pilihan yang ditawarkan, anda boleh melayari laman web rasmi SPP di pautan: https://www.spp.gov.my/hebahan.html.

Temu duga akan dilaksanakan secara berperingkat dan hanya calon-calon yang melepasi tapisan serta memenuhi syarat sahaja akan dipanggil menghadiri temu duga. Keputusan panggilan temu duga adalah MUKTAMAD dan sebarang rayuan tidak akan dilayan.

Lihat juga: PenjanaKerjaya 3.0: Pelbagai Insentif Sehingga RM1,000 Untuk Pencari Kerja Dan Majikan

Leave a Reply