NASIB PELAJAR UNISZA KERANA KEGAGALAN MENANGANI KRISIS
Keputusan Untuk Melaksanankan Pembelajaran Atas Talian Sempena COVID-19 Oleh UniSZA.
Sejujurnya, sebagai pelajar UniSZA, saya berasa bimbang atas keputusan yang dibuat. Sehingga kini, pelajar-pelajar UniSZA tidak tahu-menahu status Online Learning yang bakal dilaksanakan oleh universiti. Pelbagai persoalan bermain difikiran pelajar-pelajar antaranya:
1. Bagaimanakah dengan rakan-rakan yang mempunyai masalah capaian akses internet termasuk kelajuan data?
2. Bagaimanakah dengan pelajar yang tiada peranti yang sesuai untuk menjalankankan E-Learning?
3. Adakah Kelip yang sebelum ini pun kita tahu mempunyai masalah server dsb, mampu untuk menjalankan E-Learning?
4. Apakah sukatan pelajaran akan diringankan kerana kebanyakkan tugasan bermarkah yang memerlukan kajian lapangan masih menjadi tanda tanya.
Dan 1001 lagi persoalan yang menghantui pelajar-pelajar universiti. Tidak hairanlah ada pelajar-pelajar yang terlalu panik sehingga mewujudkan petisyen untuk menangguhkan semester semasa. Sayangnya usaha ini dikatakan cuba disenyapkan dan dihalang oleh MPP sendiri.
Lain sungguh dengan sikap Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya yang melaksanakan soal selidik sendiri bagi melihat respon pelajar-pelajar. Itu universiti yang mempunyai sistem yang cukup baik bagi E-learning. UniSZA bagaimana?
Apa-apa pun keputusan yang dibuat oleh universiti perlulah mencerminkan kemampuan universiti dan juga kemampuan mahasiswa di universiti itu. MPP sepatutnya bergerak menjadi suara mahasiswa untuk disampaikan kepada pihak atasan, bukan sebaliknya. Itulah tugas hakiki MAJLIS PERWAKILAN PELAJAR, IAITU MEWAKILI PELAJAR.
Kami pelajar universiti mahukan jawapan, juga mahukan universiti mengambil kira cadangan dan kemahuan PIHAK PALING BERKEPENTINGAN iaitu pelajar.
Akhir sekali, keputusan yang dilakukan oleh universiti dan cara universiti respon terhadap isu ini akan mendatangkan kesan terhadap kami pelajar-pelajar universiti. Tidak lupa juga mencerminkan kredibiliti UniSZA dalam menangani krisis.
Muhammad Zulzarif
Mahasiswa UNISZA