Oleh; Mohammad Fahreen
Untuk sesi lalu yuran pengajian bagi bidang sastera hanyalah berjumlah RM1530 dan bagi sesi ini naik sebanyak RM1560, kita dapat kenaikan sebanyak RM30 dari semester lalu. Mohon Majlis Perwakilan Pelajar Universiti Malaysia Sabah menjelaskan lebih terperinci mengenai kenaikan yuran yang telah dikeluarkan.
Kalau dapat dilihat disitu, kenaikan yuran disebabkan oleh insurans dan yuran persatuan mahasiswa. Bagi insurans pula sebanyak RM25 dan yuran persatuan pula adalah RM5. Sebelum ini mahasiswa UMS sudah membayar insurans kelompok sebanyak RM30 dan kali ini mahasiswa dikenakan lagi dengan bayaran insurans yang mahasiswa sendiri tidak tahu itu adalah insurans apa? Seharusnya MPP UMS menjelaskan lebih terperinci mengenai hal ini, bukannya hanya mengeluarkan kenyataan tanpa sebarang penjelasan mengenai kenaikan yuran.
Kenaikan yang kedua pula disebabkan oleh yuran persatuan mahasiswa UMS. Bayaran ini juga sepertinya baru dikenakan kepada mahasiswa untuk sesi 17/18, sebelum ini tiada bayaran yang dikenakan untuk yuran persatuan. MPP seharusnya juga menjelaskan persatuan itu dan mengapa ianya dikenakan bayaran yuran.
Mungkin jumlah RM30 itu dilihat sangat sikit, tapi bagi mahasiswa jumlah RM30 itu sangat besar nilainya untuk kehidupan seorang mahasiswa, MPP haruslah menjelaskan lebih terperinci mengenai yuran yang dinaikan.
Mohammad Fahreen
Suara Mahasiswa UMS