Pada tarikh12 December 2018 pelajar MJIIT telah mengadakan satu perhimpunan aman di residensi UTMKL. Sebelum perhimpuan ini, wakil pelajar UTMKL  MJIIT telah membuat segala kertas kerja untuk melaksanakan perhimpunan aman.  Selepas perhimpuan admin tidak memberikan penjelasan yang munasabah malah memberi amaran kepada mahasiswa yang terlibat dalam perhimpuan . Selepas beberapa bulan kemudian iaitu 9 April 2019, mahasiswa UTMKL telah mengadakan perhimpunan aman kali kedua  di pintu utama UTMKL. Perhimpunan tersebut berlangsung dari jam 10:00 pagi sehingga 2:00 petang.

Selepas beberapa perhimpunan aman yang kedua telah diadakan. Satu perjumpaan telah diadakan antara wakil mahasiswa UTM-MJIIT dan ahli Gabungan Pembebasan Akademik (GPA) dengan  pengawai khas YB Menteri Pendidikan. Perjumpaan tersebut diadakan tujuan untuk mendapatkan penjelasan dari pelajar UTMKL MJIIT. Pada 30 Mei 2019, seramai 3 mahasiswa UTM-MJIIT telah dipanggil oleh pihak universiti  untuk di soal siasat yang dipersetujui oleh para mahasiswa dari jam 5 petang sehingga 7 petang. Namun sesi soal siasat telah berlangsung sampai jam 11 malam. Tambahan pula, seorang daripada tiga para pelajar telah diugut beberapa kali oleh pihak universiti UTMKL untuk diambil tindakan.

Sebelum ini ada beberapa perkara seperti perkhidmatan bas di tarik oleh pihak universiti serta jadual bas yang tidak teratur mengikut bilangan pelajar pada waktu yang berbeza. Persoalannya, pelajar di UTMKL telah hanya memberi penjelasan, mengapakah pihak universiti mengugut mahasiswa kerana mengadakan perhimpunan aman?.

Selain itu, pihak universiti berkata kepada mahasiswa yang membuat perhimpuan aman supaya tidak burukkan nama UTM. Beberapa bulan lepas, Timbalan Pendaftar Universiti Teknologi Malaysia telah ditangkap dalam kes membuat tuntutan palsu. Persoalannya adakah mahasiswa yang memburukkan nama universiti?

Sebagai contoh di negara Brazil kerajaan mereka telah mengurangkan dana kepada univerisiti – universiti. Namun, mahasiswa dan pensyarah telah mengadakan satu perhimpunan aman yang dihadiri oleh lebih daripada berpuluh ribu pelajar. Persoalanya mengapakah pelajar MJIIT UTM tidak ada hak untuk mendapatkan penjelasan tentang yuran mereka?

Saya ingin meminta kepada semua mahasiswa dan gerakan mahasiswa untuk menunjukkan solidariti kepada mahasiswa MJIIT UTMKL.

 

Sekian. Terima kasih.

 Mahasiswa UTMKL MIIJTMal 

Leave a Reply