Baru-baru ini pihak kami telah menerima aduan tentang kebajikan pelajar UTM KL yang ‘di-anak-tiri-kan’ oleh pengurusan UTM. Berikut merupakan laporan yang kami terima:

Salam

Pertama, Seperti yang sedia maklum,  isu kenaikan yuran( khas ) MJIIT-UTM(IPTA) bagi pelajar sarjana muda (degree) sesi 2016/17 telah pon disiarkan oleh pihak media, iaitu pelajar tahun 2016/17 dikenakan Rm 5000 (termasuk bayaran tuition fee Dan tidak termasuk kolej kediaman ) sedangkan bayaran pelajar sebelum itu  jauh lebih rendah yakni dlm lingkungan Rm1500-2000.Hal in telah membebankan golongan pelajar yang membiayai yuran secara sendiri. Pelbagai cara dan usaha telah diambil. Malangnya, respon daripada pihak pengurusan MJIIT sangat mengecewakan kerana  kenyataan mereka saling bercanggah antara satu sama lain.

Selain isu yuran , pelajar 2016/17 juga menghadapi satu masalah lain ,yakni pada peringkat awal pendaftaran pelajar  degree 2016/17 , mereka dijanjikan penempatan di kolej kediaman untuk 4 tahun bagi tempoh pengajian penuh (tanpa sebarang hitam putih). Namun sedemikian ,  baru-baru ini para pelajar Kolej Siswa Jaya (KSJ) diperkenalkan satu  sistem merit; iaitu pelajar perlu mengumpul mata merit untuk kekal di kolej kediaman dengan mengambil bahagian dalam pelbagai program dan acara yang diberi merit. Walaupun semua pelajar degree masih diberi penempatan kediaman di  KSJ, tetapi kenapa patut diperkenalkan satu sistem yng bercanggah dengan janji pihak UTM sendiri?

KSJ ini turut didiami oleh pelajar-pelajar  IJN (Kami tak pasti samada mereka dikenakan merit atau tidak).

Tambahan pula, bas dari KSJ  ke kampus telah dihadkan mengikut masa dimana ia menyukarkan para pelajar!

*Penjelasan mengenai pengurusan

  1. MJIIT adalah sebuah Fakulti dibawah UTM Yang berada di kampus UTM KL
  2. Isu berkaitan bas tiada kena mengena dgn KSJ ataupun pengurusan MJIIT
  3. Isu kenaikan yuran turut tidak melibatkan pihak pengurusan KSJ (kolej kediaman )

Bayaran yang dikenakan kepada kami adalah sangat mahal tetapi kami terpaksa bayar demi masa depan. Hari demi hari, semakin banyak isu yang timbul. Hal ini telah menyebabkan kami rasa tidak berbaloi dengan apa yang kami bayar(kecuali kolej kediaman yng disubsidi dan yuran kolej kediaman yng murah )”

Pihak kami tidak akan mendedahkan identiti pengadu untuk tujuan keselamatan. Kami berharap pihak yang bertanggungjawab sedia mendengar aduan ini. Kebajikan pelajar tidak sepatutnya dianaktirikan oleh pihak pengurusan.

Sekian,

Kami yang Menyampaikan Suara Kampus,

Team Nadi Mahasiswa Malaysia.

Leave a Reply