Oleh; Sukarelawan PRK USM

Seperti yang dijanjikan, kali ini saya tunaikan janji untuk perkembangan PRK USM Sidang 2017/2018. Pertama sekali, tahniah kepada semua calon yang menang. Khususnya Aspirasi, yang majority calonnya menang untuk kerusi Umum. Selebihnya, 33 kerusi menang tanpa bertanding. Sebab? Ya, calon Cuma seorang bagi setiap kerusi tersebut.

Satu hal yang kita sedia maklum, Pro-Mahasiswa dah bubar. Mujur masih ada calon yang prnah bertanding mewakili Pro-M dahulu, ada yang bertanding lagi dengan tiket bebas. Kiranya, semangat calon-calon tersebut tak terkubur seperti terkuburnya Pro-M. Ironi sekali, yang buat hal sampai terlibat dengan kes rasuah bukan bekas MPP dari Pro-M pun. Tapi, yang tiba-tiba bubar ni Pro-M pula.

Walaubagaimanapun, tidak wajar untuk menyatakan bahawa politik di USM dah mampus. Sebab? Ada satu kerusi ni boleh tahan hangat juga lah. Kerusi untuk Pusat Pengajian Sains Matematik. Ada 3 calon, dari 3 orang wakil berlainan parti (Aspirasi, Ikatan Mahasiswa & Bebas). Lebih menariknya, setiap calon berbeza bangsa . Okay, bukan la nak racist sangat pun. Tapi, menarik lah sebab Melayu (Bebas), India (Apsirasi) dan Cina (Ikatan Mahasiswa) bertanding untuk kerusi yang sama.

Dan keputusan PRK untuk kerusi ini dimenangi oleh Badrul Ikram Bin Asri (calon bebas-166 undi), diikuti Teh Xian Zhi (calon Ikatan Mahasiswa-111 undi) dan Dyivyadharshini A/P Ganesan (Aspirasi-55 undi). Peratus mahasiswa yang turun mengundi pula ialah sebanyak 46.36% .

Secara keseluruhannya, PRK kali ini boleh dikatakan paling hambar dan terlalu sedikit saingan. Tempoh berkempen juga singkat, hanya beberapa hari. Mungkinkah, pada PRK yang akan datang, lebih banyak kerusi yang akan menang tanpa bertanding?

Harapnya pembangkang tahun depan hantarlah wakil ramai sikit. Calon bebas pun ada 7 orang saja. Pembangkang seorang. Kemenangan Aspirasi paling mudah untuk tahun ini. Politik di USM belum mampus, tapi nazak. Tahun depan kalau tak ada calon bebas/pembangkang yang ramai, eloklah hapuskan terus PRK di USM dan gantikan dengan MPP yang dilantik suka hati oleh BHEPA. Kemudian, sampai ke sudah lah isu-isu dalam kampus tak ada perubahan.

By Editor

Leave a Reply