Universiti Awam Perlu Patuh Arahan Kurangkan Yuran 20% ~ Umum mengetahui, universiti dan setaraf dengannya akan mula beroperasi tidak lama lagi. Pelajar-pelajar akan kembali ke kampus dan mulakan pengajian seperti sebelum pandemik.
Sepanjang sesi pembelajaran dijalankan di atas talian, ramai para mahasiswa yang cuba mengetengahkan isu yuran pengajian yang tetap perlu dibayar penuh walaupun tidak ada sesi pembelajaran di kampus.
Isu ini telah disambut baik oleh Datuk Seri Noraini Ahmad, dan beliau memberi arahan untuk pengurangan yuran pengajian sebanyak 20%.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad telah mengeluarkan arahan kepada semua UA terlibat sebelum ini.
Semua universti awam (UA) perlu mematuhi arahan mengurangkan yuran pengajian sebanyak 20 peratus kepada pelajar bagi semester pertama sesi 2021/2022.
Menurut beliau, langkah ini selaras dengan usaha KPT (Kementerian Pengajian Tinggi) untuk terus mempertingkat usaha ke arah menjaga kebajikan mahasiswa khususnya di bawah inisiatif #KPTPrihatin.
Beliau juga berkata dalam keadaan pandemik COVID-19 yang banyak menjejaskan kehidupan masyarakat terutama dari segi ekonomi, kenaikan yuran tidak seharusnya berlaku.
Terdahulu, beberapa media melaporkan Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya menggesa universiti itu memberi maklum balas berhubung isu kenaikan yuran pengajian kepada pelajar baharu sesi 2021/2022.
Ia susulan kenaikan sebanyak 10 hingga 60 peratus yang dikenakan universiti itu dianggap tidak munasabah dalam situasi negara ketika ini.
Sumber: Astro Awani
Baca juga:
- Cara Memohon Program Latihan Kemahiran GIATMARA Malaysia
- Karnival Kerjaya PERKESO: Pelbagai Jawatan Kosong Ditawarkan!
- Bantuan Tunai Pendaftaran IPT (BUDI 2021), RM2000 Secara One-Off