UMW Perantisan Penjana Kerjaya Programme 2021 ~ Sekiranya anda tidak bekerja atau graduan yang belum mendapatkan pekerjaan setelah tamat pengajian, anda dipelawa untuk memohon program ini.
Program ini memberi tumpuan untuk meningkatkan kemahiran, pengetahuan dan pengalaman kerja peserta.Matlamat utamanya adalah agar graduan dapat memperoleh kemahiran dan pengalaman kerja yang akan membantu meningkatkan kebolehpasaran mereka dalam kalangan bakal majikan.
Baca Juga: Jawatan Kosong Terkini ERALab Sdn Bhd ~ Terbuka Kepada Fresh Graduate.
Maklumat Program
UMW mengalu-alukan graduan yang belum mendapatkan pekerjaan untuk menyertai ‘Program Perantisan Penjana Kerjaya’ bagi tahun 2021. Di bawah Kementerian Sumber Manusia (PERKESO), program ini menyediakan pengalaman bekerja jangka pendek yang cukup berguna untuk graduan. Maklumat program adalah seperti di bawah: (rujuk gambar)
Baca Juga: Jawatan Kosong Terkini Di Pemy Sdn Bhd ~ Gaji Bermula RM1500- RM2200++
Cara Memohon
Kepada graduan dan sesiapa yang berminat, anda boleh memohon melalui pautan berikut:
Sila sertakan resume yang terkini semasa membuat permohonan. Tarikh tutup permohonan adalah pada: 26 NOVEMBER 2021
Syarat Kelayakan
- Warganegara Malaysia
- Umur maksimum 30 tahun pada 2021
- Tidak bekerja atau menganggur sekurang-kurangnya 6 bulan sejak tamat pengajian
- Memiliki ijazah dan diploma dalam bidang:
- Pentadbir Perniagaan/HR/Pemasaran/IT
- Komunikasi
- Perakaunan dan kewangan
- Kejuruteraan dalam Mekanikal, Elektronik, Automotif & Kimia
- Mendapat PNGK 2.5 dan ke atas
- Bersedia untuk bekerja dengan pelbagai anak syarikat dalam Kumpulan UMW
Struktur & Faedah Program
- Tempoh: 6 bulan terdiri daripada kemahiran insaniah dan Latihan Dalam Kerja (OJT)
- Faedah:
- Elaun bulanan RM2,000 (Ijazah) / RM1,200 (Diploma)
- Tuntutan perubatan sehingga RM300
- Perlindungan Kemalangan Diri Kumpulan (GPA) sehingga RM20,000
- Caruman PERKESO
Baca Juga: Jawatan Kosong Terkini Kulim Hi Tech ~ Gaji Bermula RM3500++
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang kekeliruan atau pertanyaan, sila hubungi:
- Norlaily Husin ([email protected])
- Nur Arifah Fitri ([email protected])
Atau, layari: https://www.umw.com.my/protege-at-umw