Pihak Universiti Malaysia Sabah telah menghantar surat prosiding kepada dua mahasiswa Universiti Sabah akibat keterlibatan mereka dalam perhimpunan Bersih 5.0 yang berlangsung di Kota Kinabalu November lepas.
Saudara Mukmin Nantang dan Aqilah Zainuzi dijangka akan dibicarakan pada 25 Januari 2017 ini.
Ini merupakan kenyataan terbaharu Mukmin Nantang;
AUKU: Apa khabar Universiti Malaysia Sabah?“Jika masyarakat perlu korban untuk sedar maka aku telah siap!”
1. 17/01/2017 aku dan saudari Aqilah Zainuzi menerima surat perbicaraan tatatertib daripada Universiti Malaysia Sabah (UMS) atas pertuduhan mengikuti perhimpunan aman Bersih 5 Sabah.
2. Tarikh perbicaraan pada 25/01/2017 (rabu), pukul 8.30 pagi di Bilik Mesyuarat Lembaga Majlis, Aras 5 Blok Selatan, Bangunan Cancelori, UMS
3. Pertuduhan dikenakan di bawah Kaedah 3 (a) (ii) Kaedah-Kaedah UMS (Tatatertib Pelajar-Pelajar) 1999, Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971, iaitu seseorang pelajar tidak boleh menjalankan urusannya samada di dalam kampus atau di luar kampus, dalam apa-apa cara yang merosakkan atau memudaratkan ketenteraman atau keselamatan awam, moral, kesopanan atau tatatertib.
4. Pertudungan UMS umpama peluru makan tuan. Keterdesakkan mahu menakut-nakutkan generasi mahasiswa UMS akan datang agar tidak berani berjuang bersama rakyat di luar telah memerangkap diri mereka sendiri.
5. Dimanakah bukit yang mengatakan Bersih 5 Sabah haram dan memudaratkan ketenteraman? Sedangkan segala proses, penentuan tempat serta atur cara dikawal oleh pihak polis yang turun bekerjasama semasa perhimpunan. Bila masa pula aku yang memudaratkan? Sedangkan aku datang untuk berarak, menyanyi, duduk, mendengar dan berpuisi. Langsung tiada media yang melaporkan perhimpunan tersebut bertidak ganas dan mampu memudaratkan. TNC UMS sendiri turun semasa perhimpuanan Bersih dan tidak berlaku apa-apa keatas dirinya dan masyarakat awam.
6. Untuk pengetahuan, aku bersama mahasiswa lain serta jawatan kuasa bersih langsung tidak dipanggil oleh polis atau mahkamah. Tiada kerta siasatan dibuka. Sejak bila UMS mengambil kuasa polis dan kuasa mahkamah? Tolong jangan memandai-mandai dan memalukan universiti yang kami sayangi ini.
7. Penghantaran surat hanya lima hari masa bekerja sangat memperlihatkan UMS tidak professional, mengambil keputusan terburu-buru dan tidak matang.
8. Dalam prosiding tertuduh berhak membawa seorang wakil sama ada kakitangan atau pun mahasiswa universiti tersebut namun harus menghantar surat pemberitahuan tiga hari sebelum prosiding. Apa relevannya surat prosiding dihantar cuma lima hari sebelum, diperuntukan hanya dua hari sahaja untuk mencari wakil dan menyelaraskan hujah dalam membela diri dalam prosiding.
9. Tindakan UMS menghantar surat serta mengadakan prosiding semasa waktu cuti semester sangatlah tidak adil dan keterlaluan. Dengan masa yang singkat tanpa memikirkan pula jara atau demografi kampung halaman serta aktiviti yang tidak patut diganggu ketika cuti berlangsung.
10. Ketidakrelevan dan tidak matangnya UMS memperlihat seola mereka beperwatakkan seperti kanak-kanak dalam undang-undang universiti dan undang-undang negara Malaysia.
11. Aku dan Aqila bersama pasukan mahasiswa yang dibantu masyarakat yang arif telah siap untuk berlaga hujah di dalam mahkamah universiti, lalu ada baiknya universiti bersedia juga untuk berjumpa kami di mahkamah sivil.
12. Sekian terima kasih. Maju mahasiswa!
Kita mendoakan agar kedua-dua mahasiswa mendapatkan keadilan dan dipermudahkan segala urusan.