1. Projek Dapur merupakan sebuah inisiatif bagi membantu mahasiswa Universiti Malaysia Sabah(UMS) yang memerlukan bahan makanan mentah untuk meneruskan pengajian di universiti. Kita menyedari akan masalah kewangan yang berlaku ke atas setiap mahasiswa.

2. Projek ini adalah percubaan awal yang akan diujikaji bermula hari ini(1 november 2017) sehingga hujung disember. Tempat pertama adalah berpusat hadapan pintu masuk bilik gerakan Kelab Sastera Mahasiswa (KARMA) UMS di Blok Seni FKSW UMS.

3. Projek dapur ini berkonsepkan ‘food bank’ yang mana mahasiswa UMS mempunyai hak untuk mengambil makanan yang diperlukannya. Dan membuka ruang untuk mana-mana mahasiswa mendermakan atau bertukar bahan makanan yang mereka inginkan. Kami juga menyediakan tabung khas untuk mana-mana mahasiswa mendermakan wang ringgit.

4. Untuk meluaskan kempen projek DAPUR ini kami ingin mengenalkan sebuah ‘kosep jom bantu kawan’.
Kepada kawan serumah, kawan sebilik, kawan sekelas, kawan sekampung dan sebagainya untuk membantu kawan-kawan sekeliling mereka yang mempunyai masalah kewangan. Kawan ini boleh datang mengambil bahan makanan atau memaklumkan bantuan ini kepada kawan mereka.

5. Kami juga berbesar hati apabila ada pensyarah, kakitangan universiti, NGO, mahasiswa, masyarakat dan sebagainya untuk sama-sama menyumbang untuk projek dapur ini. Dari segi bahan mentah atau pun kewangan.

6. Akhir sekali ayuh semarakkan budaya bantu orang lain. Semoga Projek Dapur ini berjalan dengan lancar. Mohon doa semua agar dipermudah segala urusan.

Untuk maklumat lanjut boleh hubungi:
01119560583(KAHAR)
0138336775(HERMAN)
0148583380(MUKMIN)

“Kesenian, Intelektual dan Kemasyarakatan!”

By Editor

Leave a Reply