Adakah Alternatif selain Tabung Haji?

Pada awal tahun 2019, isu yang melanda Tabung Haji sedikit sebanyak menyebabkan ramai pendeposit berasa gusar dengan simpanan mereka. Pengisytiharan dividen yang ketika ini masih belum diputuskan menambahkan lagi kebimbangan mereka. Dikatakan punca dividen setakat ini masih belum diisytiharkan adalah kerana TH gagal memenuhi dua syarat yang membolehkan bayaran hibah dilakukan iaitu asset tidak boleh kurang daripada liability dan perlu ada keuntungan yang boleh diagihkan. Keadaan ini dikatakan berlangsung sejak tahun 2015, di mana Gabenor BNM Zeti Akhtar Aziz telah mengeluarkan surat amaran kepada pengurusan Tabung Haji dan Menteri di Jabatan Perdana Menteri ketika itu, BNM menyatakan Tabung Haji mempunyai liabiliti lebih besar berbanding aset.

Seperti sedia maklum, Lembaga Tabung Haji (TH) merupakan sebuah Institusi Kewangan Islam di Malaysia, sebuah badan berkanun yang ditubuhkan oleh Kerajaan Malaysia pada tahun 1963. TH ditadbir berdasarkan kepada Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) dan perintis dalam institusi kewangan Islam bagi memudahkan umat Islam menyimpan untuk tujuan mengerjakan Haji. TH yang sekarang ini mempunyai lebih daripada 9 juta pendeposit dan 125 cawangan dengan hampir 10,000 touch-points di seluruh negara.

Pengharapan para pendeposit semestinya adalah untuk megerjakan haji ketika mana wang yang dikumpulkan mencukupi kadar untuk mengerjakan haji. Merujuk tajuk keratan akhbar online, MyMetro pada 2 Disember 2018, Simpanan Tabung Haji dijamin Selamat. PENGARAH Urusan Kumpulan merangkap Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Tabung Haji (TH) Datuk Seri Zukri Samat, memberi jaminan kepada semua pendeposit bahawa simpanan mereka selamat.

Kenyataan ini sedikit sebanyak memberi nafas kepada para pendeposit yang begitu yakin dengan keutuhan Tabung Haji sebagai platform simpanan untuk mengerjakan haji. Persoalannya, adakah ada alternatif lain untuk umat islam menyimpan duit simpanan mereka bagi mengerjakan tabung haji? Kini satu satu nya platform bagi umat islam untuk menyimpan adalah di dalam tabung haji.

Selama penubuhannya tiadalah masalah sehinggalah hari ini di mana ramai depositor mengugut untuk mengeluarkan duit mereka seandainya tabung haji
tidak telus dalam mengerjakan tugas mereka kerana ini melibatkan kemampuan dan kepercayaan mereka untuk menunaikan rukun Islam yang kelima ini.
Merujuk akhbar digital astro awani tarikh 8 Mac 2019 bertajuk Bank Rakyat sasar simpanan RM100 juta Akaun Simpanan-i Umrah. Satu platform yang baru telah dibuka oleh bank rakyat pada tahun 2017 kepada umat islam yang ingin menunaikan umrah. Ini adalah pilihan yang boleh dibuat oleh umat islam jika ingin menunaikan umrah.

Alternatif ini juga mungkin boleh dilaksanakan kepada umat Islam yang ingin menyimpan wang untuk menunaikan haji. Mereka boleh menyimpan di pelbagai platform sebagaimana bank rakyat yang mensasarkan satu lagi target baru terhadap tabung umrah mereka. Dengan wujudnya pelbagai platform simpanan duit haji untuk umat Islam mengerjakan haji, mereka boleh memilih platform yang mereka rasakan sesuai dan telus dalam memegang duit umat Islam ini. Ini juga kerana Tabung Haji yang terletak di bawah kerajaan sering terpalit dengan isu-isu politik memberi gambaran yang cukup tidak enak kepada umat Islam dan rakyat Malaysia.

Sehubungan dengan itu, jika Bank Islam, Bank Rakyat atau Bank Muamalat yang mengambil inisiatif ini, mereka pasti akan mendapat kepercayaan dari umat Islam di negara ini. Sebagai bank yang patuh shariah terkemuka di negara ini. Mereka bukan sahaja dapat menambah pelanggan ke bank mereka malah dapat mempromosikan produk-produk perbankan Islam ke Umat Islam yang rata-ratanya masih belum faham dengan sistem kewangan Islam itu sendiri. Selain itu,
sebagai badan perbankan yang tidak terikat dengan kerajaan mereka tidak akan terpalit dengan isu
isu remeh seperti isu-isu politik ini.

Justeru itu, tidak mustahil, selepas ini akan muncul platform baru untuk umat islam menyimpan jika ingin menunaikan haji seandainya tabung haji gagal mengekalkan momentum dan ketelusan mereka dalam menguruskan kewangan umat islam yang menyimpan wang mereka untuk menunaikan haji. Seharusnya semua pihak tabung haji mestilah bertanggungjawab dalam setiap tugasan mereka kerana ini melibatkan wang kerana menjaga wang adalah satu tugasan yang amat berat yang bakal dihitung semsa hari akhirat nanti.

 

Ulwan Shaarani

Aktivis Belia Harmoni Nilai

Mahasiswa Universiti Sains Islam Malaysia

 

Rujukan
1. Bernama. 8 Mac 2018. “Bank Rakyat targets savings of RM100 million Umrah Savings
Account-I”. Astro Awani. <http://www.astroawani.com/berita-malaysia/bank-rakyatsasar-
simpanan-rm100-juta-akaun-simpanan-i-umrah-169949>.

2. n.a. 2 December 2018. “Savings of Tabung Haji is secured”. MyMetro.
<https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/12/399972/simpanan-tabung-haji-dijaminselamat>.

3. Suraya Roslan. 15 January 2019. “TH still paid a grant but probably not big”. MyMetro.
<https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/412291/th-tetap-bayar-hibah-tapimungkin-
tak-besar-metrotv>

4. n.a. 10 December 2018. “Audit: Tabung Haji paid dividend to depositors’ deposits”
Malaysiakini. <https://www.malaysiakini.com/news/455532>.

5. “About us”. Tabung Haji. <https://www.tabunghaji.gov.my/ms/korporat/informasikorporat/
tentang-kami>.

6. n.a. 14 February 2019. “Hibah Tabung Haji is announced this March”. Bernama.
<http://www.bernama.com/bm/news.php?id=1694539>.

7. Hassan Karim. 13 December 2018. “Save Tabung Haji”. Malaysiakini.
<https://www.malaysiakini.com/letters/456018>.

Leave a Reply