Pada tanggal 7/9 notis pembelian borang bagi PRK telah dikeluarkan. Notis menunjukkan bahawa mulai 8/9 borang pencalonan MPP boleh dibeli di PPMPA. Pada tarikh yang sama taklimat PRK telah dijalankan di auditorium siswa dan beberapa calon kami telah menghadirinya.
Cubaan kami untuk membeli borang pencalonan pada hari isnin 11/9 gagal apabila pihak PPMPA menyatakan bahawa borang tersebut tidak lagi dijual kerana telah tamat tempoh pada 8/9 yang lalu tetapi dalam notis pekeliling jelas disebut MULAI 8 SEPTEMBER. Apabila kami cuba meminta penjelasan daripada pihak HEP, kami dimaklumkan bahawa TNC mengarahkan supaya pembelian ditutup pada hari 8/9. Ini jelas menunjukkan penindasan pihak UKM terhadap mahasiswa. Kami cuba mendesak untuk borang itu dikeluarkan tetapi usaha kami gagal.
Ya, kami tidak dapat menghantar calon untuk bertanding pada PRK kali ini .Tetapi kami tetap akan berjuang untuk menegakkan demokrasi di bumi UKM. Jadi, kami akan mengambil bahagian secara langsung dalam PRK UKM kali ini sebagai pemerhati politik dan kami juga akan menganjurkan beberapa wacana untuk menghidupkan minggu PRK ini. Nantikan pengumuman barisan ahli demokrat kami pada hari esok. Perkembangan PRK dan analisis manifesto calon calon akan kami bawakan kepada anda, mahasiswa UKM. Nantikan kami beraksi untuk menghangatkan lagi suasana prk.
Buat calon calon Aspirasi dan Inspirasi, selamat maju Jaya!
Mahasiswa UKM tuntut pilihanraya yang bersih dan adil!
Mahasiswa UKM tuntut Persatuan Mahasiswa yang telus!
Mahasiswa UKM tuntut hak berpartisipasi dalam demokrasi!
NANTIKAN PENGUMUMAN BARISAN AHLI DEMOKRAT UKM ESOK
SEKIAN
DEMOKRAT UKM