29 November – Hebahan siri jelajah Borneo Komrad yang bakal bermula pada 1 hingga 9 Disember. Tayangan filem, diskusi dan monodrama bersama Mukmin Nantang diterbangkan terus dari Kota Kinabalu, Sabah.
“Terpaksa pilih hitam untuk hidup”. Kompek Hitam’ terbitan Borneo Komrad, merupakan pementasan teater monodrama yang akan dimainkan oleh Mukmin Nantang. Karya ‘Kompek Hitam’ berkisahkan mengenai norma kehidupan yang diadaptasi dari kisah sebenar masyarakat sekitar daerah Tawau dan pemuda bernama Acok adalah seorang pemuda yang bekerja demi menyara kehidupan diri sendiri, dan keluarga selepas kematian ayahnya.
Semua dijemput hadir! Sebarang pertanyaan hubungi 010 – 4345776 (Aepol).