Anda masih tercari pekerjaan yang bersesuaian dengan bidang anda? Usah risau, kerana ada berita gembira buat anda. Kini, Parlimen Malaysia telah membuka beberapa kekosongan jawatan bagi mereka yang berminat.

Oleh itu kepada mereka yang berwarganegara Malaysia dan berminat untuk mengisi kekosongan jawatan ini, anda bolehlah meneliti maklumat di bawah untuk mengetahui syarat-syarat dan cara permohonan.

JAWATAN YANG DITAWARKAN

  • Pembantu Tadbir (PO) N19
  • Juruteknik Komputeri Gred FT19

GAJI

RM1352.00 – RM4003.00

SYARAT-SYARAT KELAYAKAN

  • Warganegara Malaysia
  • Berumur 18 tahun dan ke atas
  • Mempunyai Sijil SPM/SVM/SKM yang diiktiraf oleh kerajaan Malaysia
  • Menepati syarat-syarat akademik minimum yang telah ditetapkan oleh Parlimen Malaysia 2022
  • Profesional dalam menjalankan kerja , punyai semangat berpasukan

CARA MEMOHON

  • Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal rasmi Parlimen Malaysia
  • Permohonan hendaklah dibuat melalui borang yang boleh didapati pada portal rasmi Parlimen Malaysia. (Sila lihat cara permohonan lengkap di sini)
  • Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
  • Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
    Selamat maju jaya!

TARIKH TUTUP PERMOHONAN

4 FEBRUARI 2022 (JUMAAT) 11.59 MALAM

INFO TAMBAHAN

Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.

Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.

Leave a Reply