Kuala Lumpur – Suasana politik di antara komuniti warga Indonesia di Malaysia sudah semakin rancak, apatahlagi ada beberapa calon ahli dewan rakyat yang bertanding untuk kawasan luar negara telah datang ke Malaysia untuk bertemu ramah dengan pengundi warga Indonesia yang jumlahnya sangat besar berbanding di negara- negara lain.
YB Prasetyo Edi marsudi, adalah salah satu calon ahli dewan rakyat di peringkat kebangsaan yang juga ketua parlimen bandar Jakarta yang datang ke Malaysia. pada hari kamis (05/10) bertempat di restoran LC, Kampung bahru, WP KL, Pak Pras ( panggilan mesra YB Prasetyo) mengadakan perjumpaan mesra dengan perwakilan warga Indonesia yang duduk di kawasan Kuala Lumpur dan Selangor.
Hadir dalam acara itu juga barisan pengerusi luar negara PDIP cawangan Malaysia yang di ketua Pak Ucok dan barisan jentera pemenangan YB Prasetyo di Malaysia yang dikenali sebagai kelompok Sohib Pras.
Pertemuan yang bermula pukul 8 malam sampai jam 11 malam , banyak diketengahkan isu-isu semasa, yang membabitkan isu pekerja, pendidikan, dan dokumen.
YB Prasetyo Edi Marsudi pun cakna akan isu-isu itu sekaligus prihatin terhadap banyak cabaran yang dialami oleh warga Indonesia yang berkerja di Malaysia serta kondisi pendidikan anak- anak Indonesia di Malaysia. disaat yang bersamaan juga YB Prasetyo akan memulangkan satu pekerja Indonesia yang sakit, yang di laporkan oleh salah seorang pengerusi PDIP Malaysia dihadapannya.
Untuk pasal pendidikan Salah seorang pengerusi PDI-Perjuangan Malaysia juga, mengingini agar YB Pras mendorong subsidi bagi buku, alat tulis, dan peralatan ICT (Laptop) bagi anak-anak indonesia yang bersekolah di Malaysia dan mengurangkan sedikit biaya agar semua anak boleh bersekolah.