Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021

Tawaran kemasukan Tingkatan Enam Semester 1 tahun 2021 bagi calon SPM 2020 sukacita dimaklumkan boleh semak bermula 24 Jun (Khamis), pukul 12 tengahari ini.

Cara Membuat Semakan Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester 1/2021

Kepada semua murid lepasan SPM 2020, anda boleh menyemak keputusan tawaran melalui portal aplikasi dalam talian Tingkatan 6, Bahagian Pengurusan Sekolah Harian di laman web https://sst6.moe.gov.my/ atau https://www.moe.gov.my/ . Semakan boleh dilakukan bermula 24 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021.

Sekiranya anda berjaya mendapat tawaran, jangan lupa buat pengesahan secara dalam talian. Sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) akan bermula pada 29 Jun 2021.

Penting: Untuk calon yang berjaya mendapat tawaran kemasukan ke Tingkatan 6, anda dikehendaki untuk melapor diri pada 29 Jun 2021. Lapor diri juga akan dibuat secara dalam talian. Anda tidak perlu hadir bersemuka di sekolah atau PPD atau JPN.

Rayuan Ke Tingkatan 6 Semester 1/2021

Bagi calon SPM 2020 yang tidak berjaya ditawarkan ke Tingkatan 6, anda boleh membuat rayuan online melalui portal yang sama (https://sst6.moe.gov.my) bermula 24 Jun 2021 sehingga 28 Jun 2021

Semakan keputusan rayuan boleh dibuat pada 1 Julai 2021 secara dalam talian melalui portal yang dinyatakan di atas.

Untuk sebarang pertanyaan, sila rujuk terus ke JPN/PPD/Sekolah berdekatan anda melalui telefon atau email rasmi atau, hubungi nombor yang tertera di portal yang dinyatakan seperti di atas.

Tarikh-tarikh penting:

  • Semakan keputusan: 24 Jun (12 tengahari) – 28 Jun 2021
  • Permohonan rayuan: 24 Jun 2021 – 28 Jun 2021
  • Lapor diri dan sesi PdPR: 29 Jun 2021
  • Keputusan semakan rayuan: 1 Julai 2021

Semoga berjaya. 

Tawaran Kemasukan Tingkatan Enam Semester 1 Tahun 2021

Lihat Juga:

Leave a Reply