Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 Siri 2/2021

Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 Siri 2/2021 akan dibuka untuk permohonan secara atas talian pada esok hari. Kerajaan Negeri Sabah mempelawa sesiapa yang berkelayakan untuk membuat permohonan biasiswa bagi mengikuti pengajian di peringkat Diploma, Sarjana Muda dan Sarjana.

Syarat utama permohonan ialah pemohon dan ibubapanya hendaklah merupakan warganegara Malaysia yang bermastautin di Sabah; sama ada kedua-dua ibu bapa berasal dari Sabah, atau salah seorang daripada ibu bapa berasal dari Sabah.

CARA MEMOHON BIASISWA KERAJAAN NEGERI SABAH (BKNS) SIRI 2/2021

Permohonan hendaklah dilakukan melalui sistem ‘online’ dengan melayari laman sesawang www.biasiswa.sabah.gov.my. 

Permohonan boleh dibuat bermula pada 21 Jun 2021 (Isnin) Pemohon perlu mendaftar menggunakan e-mel peribadi yang AKTIF untuk mengelakkan sebarang masalah kelak. 

Rujuk Iklan: [Tawaran Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 Siri 2/2021]

KELAYAKAN

1. Kursus Diploma:

  • Pemohon hendaklah lulus dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya 7A dalam mata pelajaran. (termasuk Bahasa Melayu dan mata pelajaran yang berkaitan dengan bidang kursus yang dipohon)
  • Selain itu, hendaklah lulus dengan kepujian dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris untuk universiti yang menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa penghantar.

2. Kursus Sarjana Muda:

  • Pemohon hendaklah lulus Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.33. Kelayakan ini haruslah diperolehi dengan hanya sekali menduduki peperiksaan atau kelayakan yang setaraf. Atau;
  • Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) dengan memperolehi sekurangkurangnya Jayyid. Atau;
  • Diploma dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Atau;
  • Lulus Matrikulasi dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Atau;
  • Lulus Asasi/Foundation dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5.

3. Kursus Sarjana:

  • Pemohon hendaklah mempunyai ijazah Sarjana Muda dengan memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/CGPA 3.5. Atau; 
  • Bidang kursus pengajian yang dianggap ‘kritikal’ dan ‘selektif’ bagi memenuhi keperluan tenaga manusia di Sabah.

4. Perubatan, Pergigian dan Farmasi:

  • Kursus Perubatan, Pergigian dan Farmasi perlu memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.8 di peringkat STPM/ Diploma/Matrikulasi. Tawaran Biasiswa ini hanya untuk Institusi Pengajian Tinggi (IPT) dalam negeri sahaja.

5. Pemohon yang sedang belajar di Institusi Pengajian Tinggi Tempatan (IPT):

  • Pemohon hendaklah memperolehi sekurang-kurangnya PNGK/ CGPA 3.5 keputusan semasa untuk meneruskan pengajian ke peringkat Diploma dan Sarjana Muda.

__

Tawaran Permohonan Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) 2021 Siri 2/2021 ini akan dibuka pada 21 Jun 2021 dan berakhir pada 31 Julai 2021. Bagi permohonan yang tidak lengkap atau tidak memenuhi syarat seperti yang ditetapkan TIDAK akan dipertimbangkan. Keputusan permohonan boleh disemak melalui ‘online’ (laman web rasmi). Permohonan selepas tarikh tersebut TIDAK akan dipertimbangkan.

Semoga berjaya.

Iklan Tawaran Biasiswa
Rujukan Imej: Iklan Tawaran Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah (BKNS) Siri 2/2021

 

Leave a Reply