Teduhan alis oleh Syahirah M
Aku ingin berteduh, Dibawah alis matamu yang redup, Serasa dipayung ketenangan, Saat hangat disalur dalam dakapan, Aku tidak mahu lagi pergi, Kerana inilah yang aku idamkan, Kau jadi sebahagian dari kehidupan, Sampai nanti dihujung hari, Tetap namamu yang menjadi kiriman pada Tuhan.