Maklum(jangan)balas oleh Syahirah M
Muram,
Curahan dari setiap apa yang aku pendam,
Diselar dengan kejam,
Dalam air mata aku tenggelam,
Kau bilang orang tua lagi lebih makan garam,
Harus tunduk patuh dan hadam,
Aku bilang khasiat lagi banyak pada ulam,
Selami jiwa aku dan cuba faham,
Tapi apalah budak macam aku tahu,
Usia baru setahun tebu,
Dada masih belum penuh ilmu,
Almari masih perlu banyak buku,
Bukan mahu tunjuk bijak,
Tapi zaman kian berubah corak,
Dari segi nyata juga abstrak,
Kekal sama cuma warna otak.