Semalam Mahasiswa Amanah Nasional sempat menyumbang sebanyak 50 pek makanan dan barangan asas untuk pelajar Universiti Malaya yang telah disumbang oleh YB Khalid Samad.

Keprihatinan Ahli Parlimen AMANAH terhadap usaha Mahasiswa Amanah selama ini dibuktikan semalam dengan program kerjasama yang dianjurkan ini.

Ribuan terima kasih diucapkan kepada Tuan Shazni Munir Ketua Pemuda AMANAH Nasional merangkap Ketua Pemuda Pakatan Harapan dan Thaqaffah Nordin Ketua Wanita Muda AMANAH yang turut sudi hadir.

Begitu juga buat Saudara Haziq Azfar Ishak Presiden Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) serta tonggak utama Mahasiswa Amanah, saudara Zamirul dan Aidi.

KMUM dilihat amat bertenaga dalam mengutarakan soal hal kebajikan mahasiswa kebelakangan ini. Program pada kali ini merupakan satu penghormatan pada Mahasiswa Amanah untuk bekerjasama dengan mereka.

Mahasiswa Amanah akan terus membantu mahasiswa dari sudut kebajikan dengan mengadakan pelbagai inisiatif pada masa akan datang.

Mahasiswa Amanah Nasional
AMANAH • PEDULI • PROGRESIF

 

Leave a Reply