Kuala Lumpur – Pada hari Ahad (28/10), kumpulan DPLN PDI-Perjuangan Malaysia mengedarkan buku sumbangan calon legislatif (caleg) daerah pilihan raya (Dapil) Jakarta II Encik H. Prasetyo Edi Marsudi, S.H di sekolah alternatif untuk Anak Indonesia di wilayah Rawang, Selangor, Malaysia.
“Sumbangan buku ini dibuat secara berperingkat kepada sekolah alternatif untuk warga Indonesia yang memerlukan, disekitar Kuala Lumpur dan Selangor,” kata salah seorang AJK, DPLN PDI-Perjuangan Malaysia.
Pada peringkat pertama pengagihan, sekolah alternatif Rawang kelolaan Puan Murniati bersama 2 orang guru dan 66 orang murid dari Tadika hingga Darjah 6 (SD) menerima 30 buku mata pelajaran dengan setiap tingkatan menerima 5 pakej buku.
Kumpulan PDI-Perjuangan DPLN yang diiringi oleh ketua umum En Asfar Misbah atau lebih dikenali sebagai En Ucok segera disambut oleh pihak pengurusan sekolah alternatif dan mahasiswa pertukaran yang tengah menjalani aktiviti kesukarelawanan pendidikan di situ.
Salah seorang pengurus yang juga seorang guru, menghargai pemberian buku daripada Mas Pras (panggilan En. Prasetyo Edi Marsudi) yang sangat berguna untuk pembelajaran dan mendoakan kejayaan Mas Pras dalam pilihanraya 2024.