SUARA SISWA #BUATKERJA
Selepas sapu bersoh 34 kerusi di dalam PRKUM, mereka secara bersahaja turun ke jalanan.
Tidak sampai satu hari selepas pengumuman rasmi Keputusan Pilihanraya Kampus UM diumumkan semalam, KMUM Suara Siswa UM telah bersama-sama turun hari ini bagi memanfaatkan penggunaan banner kempen dengan menjadikannya sebagai bumbung di laluan pejalan kaki FBL – KK 3,4,7.
Inisiatif ini hasil kesepakatan KMUM Suara Siswa dan Jentera Suara Siswa daripada membuang banner ini tanpa kegunaan dan manfaat kepada mahasiswa. Pemasangan ini juga dijadikan sebagai suatu bentuk amaran kepada Pengurusan UM bahawa isu laluan tidak berbumbung ini lagi serius berbanding kedudukan semasa Universiti Malaya di pentas kebangsaan mahupun dunia.
Dalam pada mengejar “ranking” UM di tahap yang membanggakan, seharusnya kebajikan mahasiswa perlu diutamakan. Tiada gunanya “ranking” yang tinggi tetapi mahasiswa merana dan ditindas akibat Pengurusan UM yang “Tutup Mata” dan “Buat-Buat Tak Nampak” tentang kebajikan mahasiswa UM. Suara Siswa UM tetap komited dan teguh dalam memperjuangkan kebajikan mahasiswa.
HIDUP HIDUP MAHASISWA
BANGKIT BANGKIT MAHASISWA
Kredit : Facebook Suara Siswa UM