Sewaktu sebaran whatsapp mengenai perbincangan isu bas disampaikan kepada umum, timbul banyak sokongan juga kecaman. Koordinator Suara Mahasiswa UTHM (SMUTHM) Hafizuddin Hassan sudah minta kebenaran MKP Kolej Pagoh untuk diadakan di bilik mesyuarat. Dibenarkan.
Semua pada mulanya disusun rapi. Entah pihak mana yang sakit hati. Bertukar-bertukar tempat. Hingga akhirnya SMUTHM memilih kafe.
Pihak keselamatan pula buat panggilan dan bagi amaran. Sampai pula berita kepada Majlis Pengetua Kolej. Tapi, hati telah nekad dan isu ini mesti diceritakan di tempat umum.
Selesai terawih, program diteruskan. Hafizzudin Hassan memulakan bicara. Menerangkan mengenai SMUTHM. Selesai. Baton beralih kepada Shafiqah Ismail (MPP UTHM) menjelaskan isu bas. Petisyen sudah ada lebih 1000 responden. Ada bukti gambar mahasiswa berlari mengejar bas.
Ada keterangan pemandu bas yang mahu mogok kerana stress dan bakal kehilangan kerja. Ini semua berlaku kerana:
1) Bilangan bas dikurangkan sekali dengan trip
2) Pemandu bas juga dikurangkan
3) Tiada pondok bas untuk belajar menunggu
4) Pelajar terpaksa berjalan jauh masuk ke dalam kampus Pagoh. Kereta hanya boleh parking luar pagar kampus. Bilangan dan trip bas mula sudah berkurang
Apabila Shafiqah Ismail bergerak solo memperjuangkan isu. Organisasi MPP (majoriti Aspirasi) mendakwanya take credit. Memang pelik.
Setelah lama diterangkan. Dato’ Razak (TNC di Kampus Pagoh) turun dan SMUTHM ajak beliau duduk sekali. Hafizuddin dan Shafiqah menerangkan semuanya. Turut muncul kelibat YDP MPP UTHM bersama kumpulannya yang juga MPP.
Terkejut. Dato’ Razak kata aduan seperti ini tak pernah sampai.
Dato’ Razak terus bagi penerangan dan menerima idea wakil SMUTHM untuk dibawa ke dalam mesyuarat. Kerana bajet itu ada untuk dilaksanakan.
Dato’ Razak akan bawa ke dalam mesyuarat dan berjanji akan bantu untuk bulan puasa ini. Selesai. Barulah organisasi MPP tadi buat meeting ditepi. Shafiqah Ismail diajak turut serta. Baru hendak meeting?
SMUTHM meneruskan program. Rahman Imuda penggerak Turun Yuran LI UMK memulakan bicara. Pelajar bertukar-tukar pandangan dan kemudiannya tamat.
Nampaknya sudah ada tanda positif melalui program ini. Shafiqah Ismail telah dihubungi PA Dato’ Razak untuk memaklumkan bahawa TNC HEPA Induk akan turun untuk berbincang. Shafiqah juga akan turut serta sambil membawa data-data berkaitan isu bas yang relevan. Moga kali ini, isu akan selesai.
Jika tidak juga. Perlawanan akan diteruskan ke peringkat lebih tinggi.