[STATUS PELAJAR KOLEJ KEDIAMAN ANGKASA: PIHAK PENTADBIRAN SEPERTI LEPAS TANGAN]

Umum mengetahui bahawa ketika ini hanya pelajar wanita sahaja yang masih tinggal di (KSA) manakala pelajar lelaki dan beberapa pelajar wanita yang lain sudah dipindahkan ke kediaman yang baru iaitu Eco Park dan kediaman dalam. Kami di Suara Mahasiswa menerima beberapa aduan daripada penghuni KSA itu sendiri berkaitan masalah yang boleh mengugat keselamatan pelajar. Antaranya:

1) Pekerja Kontraktor Lelaki.
Resident KSA rasa terganggu dengan kehadiran kontraktor lelaki yang membuat kerja-kerja penyelenggaraan di sana. Hal ini kerana ada kontraktor yang mengganggu atau mengusik pelajar yang tinggal disana. Untuk pengetahuan semua juga mereka (kontraktor) boleh naik ke blok perempuan tanpa pengawasan dan ini boleh menyebabkan perkara-perkara yang tidak diingini berlaku.

2) Tahap keselamatan mahasiswa.
Dengan kebebasan pekerja kontraktor untuk keluar masuk turun naik dalam blok asrama perempuan jelas menunjukkan keselamatan pelajar perempuan terdedah kepada sebarang bahaya atau kemungkinan yang mengancam keselamatan. Apakah pihak UMS mengambil mudah tahap keselamatan para pelajar ?

3) Gate tiada penjaga.
Kami juga menerima aduan bahawa di gate hadapan tidak ada pihak keselamatan yang berjaga. Kenapa hal ini berlaku ? Kenapa tidak ada pihak keselamatan yang berjaga di gate hadapan sedangkan gate hadapan adalah salah satu pintu utama untuk orang luar keluar masuk ?

4) Status perpindahan belum jelas.
Sampai sekarang pelajar KSA belum mendapat jawapan yang jelas daripada pihak pentadbiran berkaitan perpindahan ke kediaman yang baru. Sampai bila mahasiswa perlu tinggal di bilik asrama dengan perasaan terancam ? Sampai bila harus menunggu keputusan ? Kita tidak mahu sampailah berlaku perkara yang tidak diingini berlaku baru pihak UMS terhegeh-hegeh mahu mengurus perpindahan para pelajar. Biarpun jumlah pelajar yang belum berpindah adalah sikit , kita di Suara Mahasiswa tetap memandang serius perkara ini. Ini soal kebajikan mahasiswa, mereka membayar yuran asrama jadi mereka harus dan wajib mendapat jaminan keselamatan dan keselesaan seperti mahasiswa lain.

5) Perlu ka cacian dan makian baru ada tindak balas?
Adakah perlu mahasiswa memaki hamun terhadap pihak-pihak berkepentingan di dalam kampus baru ada tindakan diambil. Sama seperti kes atau perkara-perkara yang berlaku sebelum ini. Aduan telah berkali dibuat tetapi masih tiada apa-apa tindakan sehingga mahasiswa menggunakan sistem viral dan makian baru ada tindakan diambil. Cukup gunakan alasan tidak ada tempat untuk dipindahkan ataupun sedang dalam proses dan segala macam. Kami mendesak agar pihak pentadbiran untuk segera memindahkan para pelajar yang masih menetap di kolej kediaman angkasa.

“Sesungguhnya suara itu akan menjadi kata. ia yang mengajari aku untuk bertanya dan pada akhirnya tidak bisa tidak engkau harus menjawabnya. Apabila engkau tetap bertahan, aku akan memburumu seperti kutukan”
-Wiji Thukul-

Dari Mahasiswa kepada mahasiswa,
Dari mahasiswa untuk rakyat Malaysia

Suara Mahasiswa UMS.

Leave a Reply