NadiSiswa - News Content

KOTA KINABALU – Suara Mahasiswa Universiti Malaysia Sabah (UMS) telah menyatakan pendirian rasmi dalam memberi sokongan dan solidariti penuh kepada mahasiswa serta rakyat Indonesia yang terlibat dalam demonstrasi besar-besaran. Demonstrasi ini tercetus akibat kedangkalan pemerintah Indonesia dalam menanggapi campur tangan dalam keputusan Mahkamah Konstitusi (MK) berkaitan urusan Pemilihan Kepala Daerah (PILKADA).

Dalam kenyataan mereka, Suara Mahasiswa UMS menegaskan bahawa pemerintah yang diketuai oleh Presiden Joko Widodo sedang membina politik dinasti dalam Negara Kesatuan Republik Indonesia (NKRI). Mereka melihat tindakan ini sebagai ancaman kepada prinsip demokrasi dan integriti sistem perundangan di negara tersebut.

CNN Indonesia demonstrasi

CNN Indonesia: Demo UU Pilkada di Lampung Ricuh

“Kami melihat campur tangan ini sebagai satu langkah mundur yang merosakkan integriti sistem perundangan dan demokrasi di Indonesia. Tindakan sedemikian tidak boleh diterima dan perlu ditentang oleh semua pihak yang menghargai keadilan dan kebebasan,” ujar wakil Suara Mahasiswa UMS dalam satu wawancara.

Suara Mahasiswa UMS juga menyatakan bahawa mereka berdiri teguh bersolidariti dengan para mahasiswa dan demonstran yang ditangkap semasa menyuarakan penentangan terhadap campur tangan pemerintah. Menurut mereka, penahanan demonstran tersebut adalah satu bentuk penindasan yang tidak boleh dibiarkan berlaku dalam masyarakat yang menghormati hak dan kebebasan warganya.

pendemo_tolak_ruu_pilkada_ditangkap_01

iNews.id: Infografis Komnas HAM Catat 159 Pendemo Tolak RUU Pilkada Ditangkap

“Kami mengecam sekeras-kerasnya tindakan pihak berkuasa yang menahan para demonstran yang hanya menjalankan hak mereka untuk bersuara dan mempertahankan kedaulatan undang-undang. Penindasan seperti ini tidak seharusnya berlaku dalam masyarakat yang menghormati hak dan kebebasan warganya,” tegas wakil Suara Mahasiswa UMS dalam wawancara tersebut.

Suara Mahasiswa UMS turut mengajak dan menyeru gerakan-gerakan mahasiswa di Malaysia untuk turut serta menyatakan pendirian dan solidariti dalam krisis perlembagaan yang sedang berlaku di Indonesia. Mereka menegaskan bahawa adalah penting bagi semua pihak, khususnya mahasiswa, untuk berdiri bersama dalam menghadapi kerakusan penguasa dan mempertahankan hak mahasiswa serta demonstran yang ditangkap.

Kenyataan ini dikeluarkan bersama Ikatan Anak Muda Tawau (IKAT).

Kenyataan penuh tersebut boleh dirujuk pada laman Instagram dan Facebook rasmi Suara Mahasiswa UMS:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suara Mahasiswa UMS (@sm_ums)

Leave a Reply