Saudara Asheeq Ali, aktivis mahasiswa UKM telah menerima hukuman digantung pengajian sekali lagi akibat keterlibatan beliau dalam himpunan #TANGKAPMO1 dua tahun yang lalu. Ini kali kedua beliau digantung untuk kesalahan yang sama.

Dibawah undang-undang Malaysia, hanya mahkamah yang boleh menjatuhkan hukuman jika Asheeq didapati bersalah kerana perhimpunan tetapi kerajaan telah menggunakan UKM sebagai alat untuk menghukum Asheeq kerana tidak dapat mendakwa Asheeq Di mahkamah.

Maka sebagai tanda solidariti kita kepada Saudara Asheeq Ali ini maka diseru semua rakyat Malaysia untuk kita sama sama bersolidariti untuk Saudara Asheeq Ali:

Tarikh: 16Mac (HARI INI)
Masa: 9 malam

Tindakan: Post gambar kita di semua media sosial yang kita ada dengan gaya satu jari di mulut (alah macam gaya suruh orang diam tu) berserta hashtag:

#KitaAsheeq
#SolidaritiMahasiswa
#MansuhAUKU

Ini bukan isu mahasiswa semata. Ini adalah isu kita bersama. Kita semua pernah jadi pelajar. Kita semua sedang belajar. Kita semua akan belajar.

Jom bersolidaritiāœŠšŸ»!

By Editor

Leave a Reply