Hadir dan pergi
Suatu waktu akan hadir Waktu yang memisahkan Yang dulu berada sentiasa disisi Namun kini dipisahkan oleh jarak, waktu dan bumi Kau yang hadir mengingatkan Kau yang disisi sentiasa memberi kekuatan Kau yang setia saat yang lain melangkah Kau yang ku gelar sahabat Tapi, sampai bilakah kau disini Menemani dan memahami Kerana tanpa sedar semua ikatan itu diuji Andai bukan oleh masa, pasti jarak memisahkan Andai bukan itu mungkin kepercayaan diuji Adakah ianya senipis kulit bawang Atau seteguh pohon yang berdiri Tidak banyak kupinta Hanya berharap semua yang ada Akan tetap setia seperti sedia kala Namun andai kau pilih pergi meninggalkan Hanya mampu aku doakan dari kejauhan Yang terbaik buatmu nanti.. Agar senyuman dibibir sentiasa menghiasi Raut wajah yang pasti akan dirindui Nik Nur Dini Mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia