Sambutan hari wanita sedunia bukanlah satu topik asing yang sering dibualkan. Malahan, disambut oleh seluruh dunia sebagai simbolik bagi mengangkat dan menghargai kejayaan serta sumbangan wanita dari pelbagai latar belakang di luar sana.

Kalau dulunya, wanita ini hanya terhenti setakat di dapur sahaja. Tidak boleh lebih dari itu. Hari ini, wanita tidak hanya bergantung sebaliknya lebih kehadapan dalam menonjolkan kebolehan serta berkongsi ilmu yang mereka ada. Kini, peranan wanita boleh dikatakan sama penting dalam melahirkan dan membentuk generasi serta masyarakat yang lebih bertamadun.

Kepada ibu-ibu serta teman-teman wanita diluar sana, berbanggalah menjadi seorang wanita kerana anda adalah insan yang istimewa. Suka saya kongsikan sepotong hadis yang membawa maksud, “Dunia itu adalah kesenangan, dan sebaik-baik kesenangan dunia adalah wanita yang solehah”. Banyak lagi pesanan dari Baginda yang membincangkan atau mengangkat darjat seorang wanita.

Meskipun 8 Mac ini dikenali sebagai Hari Wanita Sedunia, tidak salah kiranya kita meraikan wanita-wanita disekeliling kita dengan mendoakan kejayaan mereka pada hari-hari lain serta berterima kasih kerana telah mencorak perjalanan kehidupan kita dengan penuh warna-warni!

Semoga tidak berlaku lagi keganasan yang melibatkan wanita!

Semoga tidak terjadi lagi masalah gangguan seksual terhadap wanita di tempat kerja atau tempat pengajian!

Semoga tiada lagi wanita yang tertindas dalam mendepani kehidupan mereka di luar sana!

Kerana dirimu begitu BERHARGA!

Nur Adibah Zakaria
Timbalan Presiden PMIUM

By Editor

Leave a Reply