Kini, kerajaan Malaysia di bawah Kementerian Tenaga & Sumber Asli telah memperkenalkan satu program baharu iaitu Program Sustainability Achieved Efficiency (SAVE) 3.0 dengan penawaran baucer diskaun sehingga RM400 dalam pembelian barangan elektrik yang cekap tenaga (4 hingga ke 5 bintang).

Program ini merupakan program berterusan yang pernah dikelola dahulu iaitu program Save 1.0 & Save 2.0. Program ini menggalakkan rakyat Malaysia untuk membeli barangan elektrik yang menggunakan tenaga yang jimat serta akhirnya dapat mengurangkan kos pembayaran bil elektrik.

Baucer RM400 ini boleh ditebus di aplikasi pembelian e-dagang iaitu Shoppe. Walaubagaimanapun, penebusan baucar diskaun ini adalah tertaklu kepada syarat-syarat yang tertentu. Mari lihat syarat-syarat serta cara penebusan baucar di bawah:-

KATEGORI DI BAWAH PROGRAM SAVE 3.0 

Program Save 3.0 ini dikategorikan kepada dua iaitu :-

  • Kategori 1 : Peti Sejuk atau Penghawa Dingin dan,
  • Kategori 2 : Televisyen atau mesin basuh atau ketuhar gelombang mikro atau periuk nasi.
SAVE 3.0 , VIA SEDA

KADAR PENEBUSAN BAGI BAUCAR RM400

Isi rumah berhak untuk membuat penebusan e-rebat sebanyak RM400, iaitu RM200 untuk kategori 1 dan RM50/RM100/RM200 untuk

Kategori 2, dengan setiap pembelian barangan cekap tenaga.

SYARAT-SYARAT PENEBUSAN BAUCAR

  • Warganegara Malaysia
  • Perlu mempunyaiakaun elektrik tarif domestik berdaftar dengan syarikat utiliti seperti Tenaga Nasional Berhad (TNB)Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB)Sarawak Energy Bhd (SEB) dan NUR Power. 
  • Penerima baucar/e-rebat Save 2.0 TIDAK LAYAK untuk menerima lagi baucar Save 3.0
  • Pembelian barangan elektrik boleh dilakukan di kedai-kedai elektrik terpilih, termasuk secara dalam talian menerusi platform e-dagang yang diiktiraf seperti Shopee, LazadaLazadaLazada, Lazadadan PG Mall,

CARA MENEBUS BAUCAR

Bagi yang berminat untuk menebus baucar ini, anda bolehlah melihat tatacara di bawah:-

 

 

TARIKH PENEBUSAN BAUCAR

  • Penebusan baucar Save 3.0 boleh dibuat bermula Januari 2022 sehingga Disember 2022
  • Pengguna boleh menebus baucar bermula 7 Januari 2022

MAKLUMAT LANJUT

Untuk maklumat lanjut, layari:

Selamat maju jaya!

Leave a Reply