[SURAT TERBUKA BUAT MAHASISWA : ISU MAHASISWA LAPAR]

Bismillahirrahmanirrahim,
Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Warkah pendek ini ditujukan buat semua mahasiswa, kerana peranan ini adalah peranan bersama.

Sepertimana kita tahu, daripada 14,000 mahasiswa di UM, kira-kira 6,500 pelajar terdiri daripada golongan B40, antara 4,000 hingga 4,500 lagi dalam kategori isi rumah berpendapatan pertengahan M40, manakala 2,000 lagi berpendapatan tinggi T20.

Projek seperti Helping Hands, Happy Lunch (APIUM) dan UM Food Bank sedikit sebanyak membantu pelajar golongan B40 malahan mereka yang turut dikategorikan sebagai isi rumah kecil. Projek-projek yang membantu mahasiswa golongan B40, ditubuhkan atas inisiatif pelajar SENDIRI, tanpa mengaitkan mana-mana front politik sekalipun. Mereka yang menjalankan projek ini sebenarnya perlu diangkat sebagai wira dan pejuang untuk mahasiswa.

Pujian juga turut diucapkan kepada pemegang wadah Penggerak Mahasiswa, Syafiq Anwar Saidi diatas inisiatif beliau di atas projek Helping Hands yang benar untuk pelajar tanpa political mileage. Penggerak Mahasiswa akan terus komited membantu rakan-rakan yang berada dalam kesusahan. Kami juga akan terus mendesak Kesatuan Mahasiswa Universiti Malaya (KMUM) untuk menyelesaikan masalah ini sesegera yang mungkin.

Saja nak ingatkan yang dulu, atas dasar perjuangan juga, Alumni Suara Siswa (Pro-M) telah ‘berjaya’ memperjuangkan penutupan dewan makan seluruh kolej atas alasan kenaikan harga sebanyak 50 sen. Ya, 50 SEN(RM3.50 – RM4.00).

Situasi ketika itu ibarat menang bersorak, kampung tergadai. Dulu dewan makan yang bising dengan para pelajar berkumpul untuk makan, kini DM menjadi ‘kubur’ sebagai tanda peringatan ‘kemenangan’ Pro-M. Ini semua bukan atas kebajikan mahasiswa, tapi hanya mahu bermain politik semata-mata!

Jadi sebagai ‘satu’ kuasa besar, apakata MPPUM/KMUM wujudkan semula dewan makan di kolej-kolej kediaman semula, secara tidak langsung membantu pelajar golongan B40, pay once to get 3 meals a day. Siapa taknak? If you truly have the autonomy, the first change, WUJUDKAN SEMULA DEWAN MAKAN!

Saiful Husaini
Aktivis Penggerak Mahasiswa.

Leave a Reply