Jabatan Kimia Malaysia ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Penolong Pegawai Sains Gred C29 (Kimia)
GAJI/ELAUN
- RM1,505.00- RM5,696.00
- Kenaikan tahunan : RM145.00
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan (STPM/Diploma) yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Jabatan Kimia Malaysia
CARA PERMOHONAN
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal Suruhanjaya Perkhidmatan Awam 9 (SPA9).
- Jika anda tidak mempunyai akaun SPA9 anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Selamat maju jaya!
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
26 Disember 2022 (Isnin)
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.