Hospital Universiti Malaysia Sabah ada membuka jawatan bagi mereka yang sedang mengejar cita-cita dan kerjaya. Jawatan ini terbuka khas bagi mereka yang berkelayakan, khususnya untuk warganegara Malaysia.
Oleh itu kepada mereka yang berminat, anda bolehlah menyemak syarat-syarat, maklumat serta cara permohonan di bawah untuk memohon jawatan yang ditawarkan:-
JAWATAN YANG DITAWARKAN
- Pegawai Pergigian UG47/UG48, UG51/UG52, UG53/UG54 & UG55/UG56
- Pegawai Pemulihan Perubatan U41
- Jururawat U32 & U36
- Penolong Pegawai Perubatan U32 & U36
- Jurupulih Perubatan U29
- Penolong Jurutera JA29
- Pembantu Kesihatan Awam U19
- Juruteknik Perubatan U19
GAJI/ELAUN
- Sila semak iklan penuh
SYARAT-SYARAT KELAYAKAN
- Warganegara Malaysia
- Berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan
- Memiliki kelayakan dalam bidang berkaitan yang diiktiraf oleh Kerajaan dari institusi tinggi tempatan atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya
- Mempunyai kriteria khas yang diperlukan oleh Hospital Universiti Malaysia Sabah (HUMS)
CARA PERMOHONAN
- Bagi mereka yang berminat dan berkelayakan, anda bolehlah melayari portal ejobs.ums.edu.my
- Jika anda tidak mempunyai akaun anda bolehlah mendaftar terlebih dahulu di portal tersebut.
- Bagi mereka yang sudah mempunyai akaun, anda boleh mengemaskini maklumat serta menambah jawatan yang diinginkan pada bahagian JAWATAN YANG DIMOHON.
- Sila isi maklumat anda dengan lengkap dan sahih.
- Sebarang pemalsuan maklumat akan mengakibatkan permohonan anda ditolak dan anda boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Selamat maju jaya!
IKLAN PENUH :
TARIKH TUTUP PERMOHONAN
7 Oktober 2022 (Jumaat), 11.59 malam
INFO TAMBAHAN
Hanya calon-calon yang telah disenarai pendek untuk temuduga sahaja yang akan dihubungi. Mereka yang tidak dihubungi dianggap tidak berjaya.
Semoga dengan perkongsian ini akan memberikan kemudahan anda untuk mengecapi segala impian. Terus berusaha dan maju jaya. Sila sebarkan iklan jawatan kosong ini kepada sanak saudara dan rakan-rakan anda.