Aku baru dihubungi YDP MPP, kata NC UMK nak jumpa. Aku tak ada masalah.
Cuma nak tegaskan beberapa perkara;
1. Isu yuran ni aku dah jumpa macam-macam pegawai. Setiap kali ada dialog terbuka, aku tanya pasal yuran.
Jawapan selalu sama. Retorik.
2. Jumpa tak bermaksud kita tak akan ke KPT, kita harus teruskan usaha mendesak dan kutip tandatangan patisyen.
Perjumpaan ini terhasil sebab desakan.
3. Tiada penyelesaian lain yang kita akan terima melainkan ayat ini;
Yuran Latihan Industri UMK telah diturunkan pada angka ________ (lebih rendah dari sekarang).
atau
Yuran UMK akan diturunkan pada angka _____ (lebih rendah).
4. Aku sekarang di KL. Kelantan 8 jam naik bas. Kalau hajat perjumpaan ini nak marah-marah, baik batalkan. Sebab mahasiswa pun boleh marah.
Nak bincang, kita bincang. Aku tak ada masalah nak beri cadangan.
—
Terima kasih semua kerana menyokong, usaha kita semakin berhasil.