Ringkasan Sesi Bersama Penulis DuBook PBAKL
1. Sebelum demam PRU14 menguasai kebanyakan orang, ada 4 isu mahasiswa yang utama;
– Isu Yuran UMK
– Isu Yuran Kolej Kediaman UM
– Isu ALB UIA
– Isu Asheeq di UKM
2. Moderator tanya tentang yuran UMK.
– Aku beritahu pendidikan tinggi adalah hak semua yang layak. Jika kita kenakan yuran pendidikan tinggi yang mahal, ia akan menutup akses itu. Terutamanya kepada orang-orang miskin.
– Yuran UMK adalah yuran termahal bagi Universiti Awam di Malaysia. Itu hakikat yang perlu diakui.
– Bagi kursus aku pendaftaran RM3,455, yuran per-sem RM2,130 dan paling tak masuk akal yuran LI RM1,380.
– Sekarang ini dikatakan sejumlah mahasiswa akan diberikan potongan yuran melalui BKPLI – tapi sehingga ini tidak ada tarikh pemberian semula.
3. Moderator tanya tentang realiti pendidikan percuma
– Aku jawab, kita mampu. Lebih-lebih selepas GST dilaksanakan.
– Malangnya pendidikan percuma selalu dijadikan “bahan politik” sahaja. Mereka tidak serius.
4. Ditanya tentang isu PTPTN.
– Aku jawab PTPTN walaupun kelihatan ingin membantu ia menambah beban dan menindas orang miskin.
– Orang masuk universiti untuk tingkatkan taraf hidup sebab miskin. Lepas tu kita berikan mereka hutang, habis belajar terus berhutang.
– Kemudian apabila dah grad, tak dapat kerja kita kata mereka tak ada soft skill atau lemah bahasa Inggeris. Akhirnya disuruh bawa Grab.
5. Ditanya tentang pandangan manifesto pendidikan tinggi BN, PH dan GS untuk PRU14.
– BN yang paling menonjol nak berikan RM1,500 kepada keluarga penerima BR1M apabila anak dia masuk universiti. Aku kata ini langkah yang bagus. Persediaan awal.
– PH pula, nak beri pendidikan percuma dalam masa 5 tahun. Tapi sehingga hari ini tak ada unjuran perbelanjaan atau disebut secara khusus dalam buku manifesto mereka yang tebal.
Aku rasa mereka cuma main-main.
– GS pula nak mansuhkan PTPTN dan buka tanah (buka peluang pekerjaan).
Ketika aku hadir forum Sinar, tidak silap aku Dr Zuhdi kata nak bantu yang tak pernah bayar PTPTN dahulu.
Jadi masih banyak keraguan. Bagaimana dengan batch siswa seterusnya, hutang PTPTN harus dibayar oleh siapa? Kerajaan?
6. NadiSiswa ada keluarkan manifestonya sendiri. Kami beranggapan ada banyak hal yang koalisi politik ini terlepas pandang tentang pendidikan tinggi.
7. Aku akhiri dengan sajak legenda – Pertemuan Mahasiswa (WS Rendra).