[ Ringkasan Pertemuan ]

Nanti aku akan simpulkan tentang keseluruhan.

Sekarang ini baca dahulu isi penting pertemuan.

Hari ini kami bertemu dengan TNC Akademik dan HEPA. NC ada hal yang tak dapat dielakkan.

Asalnya dalam surat dikatakan bertemu NC. Tapi setakat ini aku tak pasti mengapa beliau tak hadir.

YDP MPP ada beritahu sebab; tapi aku tak fikir sebab itu logik. Esok aku akan email beliau.

Soalan

1. Mengapa yuran UMK mahal berbanding universiti awam yang lain?

– Kami tidak ada jawapan untuk soalan itu. Ia berlaku setelah kami masuk.

2. BKPLI

– JAMINAN golongan B40 dan M40 akan dapat potongan yuran. Kecuali ada penipuan borang pendapatan keluarga.

Kalau ada kelompok yang layak tak dapat, boleh hubungi MPP.

Kalau lebih selesa dengan aku, boleh hantar, aku berikan terus kepada orang yang sepatutnya.

3. Yuran UMK

Dikatakan canselori sedang berhubung dengan Lembaga Pengurusan Universiti (LPU) untuk penurunan yuran sejak tahun 2016.

Dikatakan juga ia akan “mengambil masa”.

Katanya mereka yang memegang kata terbesar;

Tadi siap aku ditanya; awak berani jumpa LPU?

Aku kata; Saya tak ada masalah. Boleh.

4. Aku tanya MPP, apa pendirian mereka.

– Mereka kata mereka setuju dengan yuran diturunkan. Tapi approach dengan cara berbeza.

Diberikan contoh mereka dikatakan memberitahu isu yuran dengan Menteri KPT.

Penegasan kita;

1. Sebagai mahasiswa UMK Jeli (Sains), aku berpandangan pemberian iPad tak relevan. Daripada meeting ini, barulah kita tahu yang iPad bukan percuma.

Mahasiswa kena bayar (jumlah dan peratus) tak diberitahu.

Jadi, jika mereka ingin menjadikan ia optional, aku setuju. Tapi pada aku, lebih baik hapuskan terus pemberian iPad.

Kos boleh dikurangkan, jadi yuran turun.

2. Yuran kita tertinggi berbanding universiti awam yang lain. Kita berpendirian yuran wajib turun!

Ini tak perlukan justifikasi.

3. PRK (sekarang dipanggil PMPP) harus dibersihkan supaya wakil yang dipilih betul-betul dipilih oleh mahasiswa.

Tandatangan 4k dan komen-komen kalian telah diserahkan.

By Editor

Leave a Reply