LGBT merupakan satu akronim bagi wabak songsang Lesbian, Gay, Biseksual dan Transgender.

Gejala songsang LGBT mula dikenali pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20 di negara barat. Namun pada tahun 90-an gejala ini dilihat mula merebak dan membentuk komuniti yang tersendiri di dalam negara kita.

Komuniti minoriti ini pada mulanya hanya bergerak secara rahsia, namun pada kebelakangan ini golongan songsang ini dilihat semakin berani menonjolkan diri mereka dengan mengeluarkan kenyataan yang biadap disamping secara terang-terangan menentang institusi-institusi agama di negara ini.

Golongan ini kerap menimbulkan kontroversi dengan mengeluarkan pernyataan yang jelas bertentangan dengan nilai moral masyarakat timur. Siti Kassim pernah mengeluarkan kenyataan seperti “masyarakat Malaysia secara amnya menerima golongan LGBT. Namun, jika “golongan kononnya warak” diberi kuasa, ia akan memberi risiko kepada golongan LGBT dan melayu Liberal sepertinya.” Beliau juga lantang menyeru golongan kafir dan LGBT untuk membiak bagi menyokong usaha mereka menetang golongan alim ulama.

Sebagai mahasiswa beragama Islam kita seharusnya menentang penuh golongan LGBT ini sebelum ia terus menjadi barah yang kronik dalam masyarakat. Mahasiswa seharusnya berdiri bersama institusi-institusi agama dan golongan alim ulama dalam mencegah barah LGBT ini.

Allah berfirman dalam Al-Quran:

وَإِنْ مِنْ قَرْيَةٍ إِلَّا نَحْنُ مُهْلِكُوهَا قَبْلَ يَوْمِ الْقِيَامَةِ أَوْ مُعَذِّبُوهَا عَذَابًا شَدِيدًا ۚ كَانَ ذَٰلِكَ فِي الْكِتَابِ مَسْطُورًا ﴿٥٨﴾

“Tidak ada suatu negeri pun(yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari Kiamat atau Kami adzab(penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab(Lauhul Mahfuzh),”

(Qs. Al-Israa’; 58)

Semoga Allah.S.W.T tidak menurunkan azabNya dan melindungi serta mengampuni dosa-dosa ummah ini.

Persatuan Mahasiswa Anak Terengganu (PERMATA) Tolak LGBT!

#mahasiswatolaklgbt
#MalaysiaBebasLGBT

By Editor

Leave a Reply