kolej kediaman ums

Terdapat sebuah poster memaparkan Permohonan Kolej Kediaman Universiti Malaysia Sabah sesi 2024/ 2025 bermula 22 sehingga 29 Julai 2024.

Namun, pihak pengurusan Kolej Kediaman UMS dilihat telah gagal dalam membuat hebahan permohonan kolej kediaman secara meluas sekaligus mengakibatkan maklumat tidak sampai kepada kebanyakan mahasiswa.

Kegagalan ini telah mendapat kritikan daripada Suara Mahasiswa UMS melalui platform rasmi mereka, seolah-olah permohonan Kolej Kediaman UMS cuba disenyapkan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suara Mahasiswa UMS (@sm_ums)

Suara Mahasiswa juga menyediakan senarai semak platform yang tidak digunakan untuk membuat hebahan permohonan kolej kediaman:

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Suara Mahasiswa UMS (@sm_ums)

Ekoran desakan daripada Suara Mahasiswa, Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman (MAPEK) telah bersetuju untuk membuka semula permohonan bermula 5  sehingga 9 Ogos 2024, serta turut mengarahkan JAKMAS dan MPP untuk menghebahkan menggunakan platform mereka agar maklumat tersebut sampai kepada seluruh mahasiswa UMS.

Perlanjutan Permohonan Kolej Kediaman UMS
Perlanjutan Permohonan Kolej Kediaman UMS

Hal ini turut dapat dilihat melalui tangkap layar perbualan antara Presiden MPP UMS bersama Majlis Pengetua-Pengetua Kolej Kediaman (MAPEK):

 

Leave a Reply