PERMOHONAN KEMASUKAN PROGRAM SARJANA MUDA (SEPENUH MASA) UITM SESI 2 2021/2022 ~ Sukacita dimaklumkan pengambilan pelajar ke UITM bagi sesi kedua (second intake) untuk Sarjana Muda sepenuh masa kini telah dibuka bermula 1 November sehingga 1 Disember 2021. Pengambilan ini adalah untuk sesi kemasukan Mac 2o22.
Syarat Kelayakan
Sebelum memohon, anda dinasihatkan untuk membaca syarat-syarat kelayakan untuk mengelakkan permohonan anda ditolak. Antara syarat kelayakan umum adalah seperti berikut:
- Berumur sekurang-kurangnya 16 tahun pada tarikh tutup permohonan.
- Pemohon adalah warganegara Malaysia berketurunan Melayu / Anak Negeri Sabah / Anak Negeri Sarawak / Orang Asli Semenanjung sahaja
- Menenuhi syarat kelayakan minima bagi setiap program dipohon
- Tidak pernah disabitkan aras sebarang kesalahan jenayarh dan bukan dalam proses menunggu prosiding jenayah terhadapnya.
- Pelajar yang sedang belajar di mana-mana IPT tidak dibenarkan memohon kecuali pelajar Diploma UITM.
Layari pautan berikut untuk menyemak syarat kelayakan yang lain: selangkah.uitm.edu.my
Program Pengajian Yang Ditawarkan
Terdapat dua kategori program pengajian yang ditawarkan. Sila rujuk maklumat di bawah:
- Sarjana Muda
-
- 164 Program
- Rujuk : online.uitm.edu.my
- Unik ID BSN Program 10 = RM17.00
- Lepasan STPM / Matrikulasi KPM / STAM / Asasi UiTM/ Asasi Sains UM / Asasi Pintar UKM / Diploma UiTM / KKB UiTM / Diploma IPT Lain
-
- Penerapan
-
- 164 Program
- Rujuk : online.uitm.edu.my
- Unik ID BSN Program 7 = RM10.00
- Semester Akhir Diploma UiTM / KKB / UiTM Ke Sarjana Muda UiTM
- Semester Akhir Asasi Undang-undang UiTM (PI005) Ke Sarjana Muda UiTM
-
Senarai Tarikh Penting
Sila pastikan anda cakna tarikh yang disenaraikan dibawah untuk mengelakkan anda terlepas permohonan.
1 November – 1 Disember 2021: Permohonan online dibuka dan pemohon perlu membeli Unik ID di BSN. Pastikan anda membuat permohonan secara atas talian dalam tempoh ini.
2. 1 Disember 2021: Permohonan ditutup
Maklumat Lanjut
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau kekeliruan sila hubungi;
- No. Tel : 03-5544 3195/ 3198/ 3174 / 2798 / 2797 / 3277
- Emel Rasmi Unit : [email protected]
- Live chat: https://tawk.to/bppu
- Facebook: Bahagian Pengambilan Pelajar UiTM